Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Showing posts with label tekgpb. Show all posts
Showing posts with label tekgpb. Show all posts

Friday, August 8, 2014

Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari, GICT & Juruteknik Komputer Bil 2 2014

08 Ogos 2014 -  Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari,  GICT & Juruteknik Komputer Zon PKG Semenyih telah diadakan di Bilik Mawar, PKG Semenyih.

Koleksi Gambar ]

Wednesday, February 20, 2013

Mesyuarat Data Inisiatif 2013

20 Feb : Alhamdulillah hari ini telah berjalan Mesyuarat Data Inisiatif 2013 bagi Zon PKG Semenyih dengan jayanya. Mesyuarat dihadiri oleh GPB/GICT seramai 22 orang.

Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk bagi Jawatankuasa Badan Perhubungan GICT Zon PKG Semenyih bagi tahun 2013 yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Yunus bin Baharudin daripada SK bandar Rinching (Sekolah Champion Tahun 2012).









Mesyuarat JK GPB/GICT Bil 1/2013

20 Feb : Mesyuarat JK GPB/GICT telah dihadiri seramai 22 orang GPB/GICT daripada sekolah-sekolah Zon PKG Semenyih. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Halimi bin Yaacob, Ketua PKG Semenyih.

Beberapa perbincangan dan persetujuan telah dicapai antaranya berkaitan dengan pengisian data online SSQS, 1Bestarinet, VLE Frog, Email Sekolah (SeMos), Data Selenggara ICT, STS, Pelupusan, Direktori PKG, Pemantauan Makmal dan lain-lain yang berkaitan. 
Semua GPB/GICT telah maklum atas peranan dan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan bagi membantu BTP meneraju Transformasi Generasi Melalui Teknologi Pendidikan.

Friday, February 1, 2013

Latihan 351 SC Fasa 1 Pusingan 2 Tahun 2013

Pada 30 & 31 Jan : Bertempat di Sek Men Agama Persekutuan Kajang telah berlangsung Latihan 351 SC Fasa 1 Pusingan 2 Tahun 2013.

Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 351 Sekolah Champion telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (No. Ruj. KP/KPPM/BTP(29) bertarikh 18 Jun 2012) sebagai sekolah penanda aras pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment: VLE) di bawah projek 1BestariNet KPM. Sekolah-sekolah yang terpilih ini akan menjadi mentor kepada sekolah-sekolah lain bagi memberi kesan berganda (multipler effects) seterusnya memastikan kejayaan pelaksanaan transformasi pengajaran dan pembelajaran maya. 




Bimbingan berterusan melalui latihan, teknologi maklumat dan komunikasi dan lawatan kepada semua sekolah yang terlibat akan diberikan oleh pihak YTL Communications Sdn. Bhd. Sehingga hujung tahun lepas (2012), latihan telah dilaksanakan kepada 167 sekolah-sekolah yang ada connectivity sahaja di Semenanjung Malaysia. Oleh kerana 351 Sekolah Champion ini akan dijadikan sekolah Pusat Kecemerlangan bagi projek VLE dalam PDP, BTP-BTPN-PKG perlu memainkan peranan yang aktif untuk memastikan hasrat ini tercapai.

Saturday, December 31, 2011

SENARAI GPB SEKOLAH AHLI ZON PKG SEMENYIH


SK BERANANG



En. Noorhisham bin Juhari


~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o


SK TAMAN JASMIN



EN. Jasmin bin Ismail


~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o


SK SEMENYIH


En. Amir bin Omar


~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o


KOLEJ VOKASIONAL KAJANG


En. Ahmad Fahmy bin Ramly



Wednesday, November 10, 2010

Taklimat bagi Projek Bayutronik

Latihan mengenai Projek Rangkaian Setempat (LAN) yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri yang terdiri daripada Penyelia ICT/Guru ICT/Penyelaras Bestari/Juruteknik Komputer dari setiap sekolah di Daerah Hulu Langat.

Latihan ini dibuat oleh Syarikat Bayutronik. Diwakili oleh 2 orang pegawai iaitu En. Mohamed Faizal bin Mohamed Zini dan En. Mohd Faiz bin Ahmad Zaki yang kedua-duanya sebagai Network Engineer.






Friday, May 15, 2009

Kursus konfigurasi rangkaian wireless

14 Mei 2009 PKG Semenyih telah mengajurkan kursus / bengkel konfigurasi rangkaian wireless. Tujuan kursus diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara-cara menyediakan sistem LAN tanpa wayar. Kursus dihadiri oleh 22 orang guru penyeleras ICT sekolah-sekolah zon Semenyih.

Wednesday, March 25, 2009

Mesyuarat guru ICT

Pada 27 Februari 2009, satu mesyuarat pelarasan guru-guru ICT sekolah-sekolah zon Semenyih telah diadakan di PKG ini. Seramai 22 guru ICT terlibat dalam mesyuarat ini. Mesyuarat membincangkan prosedur penyelenggaran peralatan ICT yang dibekalkan oleh KPM kepada sekolah. Turut diberi taklimat bagaimana laporan masalah kerosakan komputer dibuat iaitu secara manual menggunakan borang laporan kerosakan peralatan ICt menggunakan borang KEW PA9 dan juga pelaoran masalah kerosakan secara online menggunakan support ticketing system. Mesyuarat berakhir dengan taklimat dan tunjukcara pengisian sistem pemantauan penggunaan prasarana ICT di sekolah.