Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Monday, March 30, 2009

Bengkel pembinaan klip video



En. Kamal Azhar b. Mokhtar guru SK Beranang sedang mengedit video menggunakan perisian Ulead Video Studio pada asatu bengkel pembinaan klip video yang dianjurkan oleh PKG.

Bengkel pembinaan bahan P&P




Majlis Persaraan Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma




PKG Semenyih telah menganjurkan majlis meraikan persaraan Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma di Staffiled Golft & Resort Beranang. Semua pengetua, Guru besar dan beberapa guru kanan sekolah hadir pada majlis tersebut.

Bengkel strategi P&P BI untuk guru BI Tahun 6




PKG Semenyih telah menganjurkan bengkel di atas dengan bantuan Mr Sebatian K.Francis, Bekas Guru Cemerlang B.Inggeris Negeri Selangor.

Karnival sukan




Kursus Adap Utusan




Wednesday, March 25, 2009

Mesyuarat Kumpulan Dinamik

Mesyuarat kumpulan dinamik yang terdiri dari pengetua dan guru besar sekolah-sekolah zon Semenyih telah dilaksanakan di PKG Semenyih pada 12 Mac 2009 yang lalu. Mesyuarat di adakan sebaik sahaja Mesyuarat Pengurusan PKG Semenyih tamat.

Mesyuarat JK kemajuan dan Pembangunan PKG Selangor




Satu mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan pembangunan PKG Selangor telah dilaksanakan di PKG Semenyih pada 23 Februari 2009 yang lalu. Urusetia mesyuarat iaitu Pn. Zariah bt. Zainal Ketua Unit PKG dan pembantunya En. Ayub b. Mat Rashid juga dari Unit Hal ehwal PKG, BTPN Selangor. Mesyuarat dihadiri oleh ketua-ketua PKG Daerah Negeri Selangor.

Bengkel teknik Semakan kertas BM dan BI UPSR




Sekolah Kebangsaan Semenyih telah mengadakan bengkel teknik semakan kertas BM dan BI UPSR pada Sabtu 14 Februari 2009 yang lalu. Untuk menunjukkan komitmen dan sokongan kepada program ini, PTP PKG Semenyih En Jamalulail turut hadir pada program tersebut memberikan kemudahan peralatan yang diperlukan oleh guru-guru tersebut selain turut serta mendengar pengisian program.

En Shafri b. Johari telah menyampaikan taklimat kaedah dan teknik menanda kertas jawapan BM UPSR dan Pn. Hafizah bt. Mustafa untuk subjek Bahasa Inggeris. Kedua-dua mereka adalah guru-guru yang terlibat dalam menanda kertas UPSR sebenar.

Mesyuarat MSSM -Badminton

Pada 23 Januari 2009, satu mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Badminton peringkat daerah Hulu Langat telah dilaksanakan di PKG Semenyih. Pegawai meja mesyuarat tersebut iaitu Pn. Marina bt. Masban Penyelia Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat.

Mesyuarat dilaksanakan sekali lagi di PKG Semenyih pada 6 Februari bagi memastikan setiap perancangan program berjalan dengan lancar.

Mesyuarat Ragbi Harimau

Pada 14 Januari 2009, Sekolah Kebangsaan Semenyih yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa pertandingan Ragbi Harimau peringkat daerah Hulu Langat telah mengadakan mesyuarat di PKG Semenyih bagi membincangkan prosedur dan kaedah serta pelarasan kejohanan Ragbi Harimau sekolah-sekolah rendah daerah Hulu Langat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Roslan b. Abdullah Guru besar SK Semenyih.

Mesyuarat Unit Akademik PPDHL


Pada 23 Januari 2009 yang lalu, Mesyuarat Unit Akademik PPD Hulu Langat telah mengadakan mesyuarat pelarasan unit tersebut di PKG Semenyih. Seramai 12 orang pegawai dari PPD Hulu Langat hadir dalam mesyuarat ini. Turut hadir bersama iaitu Pegawai Pelajaran daerah Hulu Langat, Tuan Ismail bin Musa serta Pn. Nurul Badar bt Mohd Salleh, Penolong PPDHL Unit Pengurusan Akademik. Turut dilibatkan dalam mesyuarat adalah Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru daerah Hulu Langat.

Mesyuarat Pengurusan PKG




Mesyuarat pengurusan PKG Semenyih telah dilaksanakan pada 12 hb Mac 2009. Mesyuarat dihadiri oleh semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah zon Semenyih. En. Ayub b. Mat Rashid telah menjadi wakil Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor untuk menyampaikan ucapan aluan dalam mesyuarat tersebut. Sekali lagi Pn. Maziyah bt.Hj Hasan yang bertukar sekolah dari SMK Bandar Rinching ke SMK Engku Husein telah dpilih sebagai pengerusi jawatankuasa pengurusan aktiviti PKG.

Mesyuarat guru ICT

Pada 27 Februari 2009, satu mesyuarat pelarasan guru-guru ICT sekolah-sekolah zon Semenyih telah diadakan di PKG ini. Seramai 22 guru ICT terlibat dalam mesyuarat ini. Mesyuarat membincangkan prosedur penyelenggaran peralatan ICT yang dibekalkan oleh KPM kepada sekolah. Turut diberi taklimat bagaimana laporan masalah kerosakan komputer dibuat iaitu secara manual menggunakan borang laporan kerosakan peralatan ICt menggunakan borang KEW PA9 dan juga pelaoran masalah kerosakan secara online menggunakan support ticketing system. Mesyuarat berakhir dengan taklimat dan tunjukcara pengisian sistem pemantauan penggunaan prasarana ICT di sekolah.

Mesyuarat Penyelaras Pusat Sumber Sekolah


Pada 19 Februari 2009 yang lalu, PKG Semenyih telah mengadakan mesyuarat penyelarasan pusat sumber sekolah. Mesyuarat telah dihadiri oleh 22 orang guru perpustakaan media sekolah-sekolah zon Semenyih.

Bengkel pengumpulan data UPSR dan PMR 2009


Pada 24 dan 25 Mac 2009, bengkel pengumpulan data UPSR dan PMR 2009 telah diadakan di PKG Semenyih. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari unit peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Selangor. Turut hadir bersama, pegawai-pegawai dari Unit Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Pegawai meja untuk bengkel ini iaitu En . Yunus selaku Ketua Unit Peperiksaan, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat.

Tuesday, March 24, 2009

Bengkel Membina blog PSS


Pada 24 Mac 2009, PKG Semenyih juga menganjurkan bengkel membina blog untuk guru perpustakaan dan media sekolah-sekolah zon Semenyih. Bengkel bertujuan mendedahkan kepada guru teknik membuat buletin secara online.
Pembinaan blog boleh dimanfaatkan oleh guru perpustakaan media untuk menghebahkan perkhidmatan yang diberikan oleh pusat sumber sekolah mereka juga program-program yang dilaksanakan oleh PSS untuk makluman semua guru, pelajar juga ibubapa.
Adalah diharapkan sekembali ke sekolah, guru perpustakaan dan media akan bertindak segera untuk membina blog pusat sumber sekolah mereka.

Bengkel Rakan Pembaca


Hari ini 24 Mac 2009, PKG Semenyih menganjurkan bengkel pengurusan program rakan pembaca. Pn Shaliza bt Zainal Abidin, PTP PKG Kajang telah menjadi fasilitator utama dengan dibantu oleh En Zulmajdil Hafiz dan En jamalullail, PTP PKG Semenyih.

Seramai 22 orang guru penyelaras program Nilam sekolah-sekolah zon Semenyih telah hadir dalam program ini.

Blog PKG Semenyih bermula

Hari ini blog PKG Semenyih mula dibina. Blog ini dibina bertujuan memberi info kepada warga guru setempat juga masyarakat sekitar di sini tentang konsep, fungsi dan pengoperasian PKG Semenyih