Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Tuesday, May 26, 2009

Hari Guru 2009

Hari guru peringkat daerah Hulu Langat dilaksanakan pada hari ini di ESSET (Pusat latihan KWSP) Bangi. PTP PKG daerah Hulu Langat turut hadir menjadi petugas video dan fotografi. PTP terlibat iaitu En Kamaludin Salam, En Jamalullail, Pn Syariza dan En Zulmajdil. Turut membantu En. Kamalazhar b. Mokhtar guru media SK.Beranang.

Selain menjadi petugas video dan fotografi PKG juga diberi tanggungjawab menyediakan klip video tokoh guru iaitu untuk tokoh guru peringkat menengah(Pn Hjh Tipah bt Hasan) dan tokoh guru rendah (En. Rahmat b. Jaafar). Bengkel penyediaan klip video ini dijalankan pada 18-21 Mei 2009 yang lalu di PKG Semenyih.

Hari guru peringkat daerah Hulu Langat ini anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat telah dirasmikan oleh YB Tuan Johan b. Aziz, ADUN Semenyih. Turut hadir menyerikan majlis ialah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.

Monday, May 25, 2009

Bola Jaring Sempena Hari Guru 2009



23 hb. Mei 2009, PKG Semenyih diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah untuk pertandingan bola jaring sempena hari guru peringkat daerah Hulu Langat bertempat di SK Bandar Rinching.Pertandingan adalah antara zon Semenyih, kajang, Bangi, Cheras dan Ampang. 6 pasukan terlibat iaitu team PKG Semenyih1 , PKG Semenyih 2, PKG Bangi, PKG Cheras dan PKG Ampang. Team PKG Bangi dinobatkan sebagai juara mengalahkan team PKG Semenyih 1 dan 2 sebagai tuan rumah.

Monday, May 18, 2009

Bengkel pembinaan klip video tokoh guru 2009

18-21 Mei 2009 dilaksanakan bengkel pembinaan klip video tokoh guru daerah Hulu Langat di PKG Semenyih.

16 Mei hari guru

16 Mei 2009 Kejohanan Bowling sempena hari guru peringkat daaerah Hulu Langat telah dijalankan di Ampang Bowl Metro Point Kajang. Beberapa pasukan dari PPD , Majlis Gurubesar, Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah daerah Hulu Langat terlibat.

17 Mei 2009 pula, karnival bowling untuk guru-guru. Pertandingan adalah antara zon Semenyih, Kajang, Bangi, Cheras dan Ampang.

Tiada pasukan PKG Semenyih yang menang.

Friday, May 15, 2009

Kursus konfigurasi rangkaian wireless

14 Mei 2009 PKG Semenyih telah mengajurkan kursus / bengkel konfigurasi rangkaian wireless. Tujuan kursus diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara-cara menyediakan sistem LAN tanpa wayar. Kursus dihadiri oleh 22 orang guru penyeleras ICT sekolah-sekolah zon Semenyih.

Monday, May 11, 2009

Bengkel P&P berkesan B.Melayu

Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat akan menganjurkan bengkel teknik P&P berkesan mata pelajaran Amalan Bahasa Melayu daerah Hulu Langat tahun 2009 pada 21 hb. Mei ini dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang. Pegwai bertanggungjawab iaitu Pn Suraini Samarkom Ketua Unit Bahasa PPD Hulu Langat.

Bengkel gubal soalan Tasawur Islam

SMK Khir Johari yang menjadi Pengerusi Panitia Tasawwur Islam akan menganjurkan bengkel penggubalan soalan ujian peringkat daerah Hulu Langat di PKG Semenyih pada 12 hingga 13 Mei 2009. Jumlah peserta bengkel adalah terdiri dari 12 orang guru matapelajaran Tasawwur Islam.

Tuesday, May 5, 2009

Mesyuarat pelarasan program ICTL

6 Mei 2009 jam 8:00 hingga 4:30 petang PKG Hulu Langat akan terlibat dengan mesyuarat pelarasan program ICTL peringkat Hulu Langat yang akan di anjurkan oleh PPD Hulu Langat. Mesyuarat akan dilaksanakan di dewan PPDHL.

Multimedia hari Guru 2009

PKG Hulu Langat telah diberi tanggungjawab untuk membina multimedia tokoh guru sempena hari guru peringkat daerah Hulu langat pada 26 Mei 2009 ini di Esset ( Pusat latihan KWSP ) Bangi. Selain itu PKG Hulu Langat juga diberi tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan live circuit camera beserta khidmat fotografi.

Mesyuarat JK Kebajikan dan sosial kali ke 2

5 Mei 2009 jam 2:30 petang, satu mesyuarat JK Kebajikan dan Sosial PKG Semenyih kali kedua telah dilaksanakan. Mesyuarat membincangkan senarai nama pemain atau pasukan dari zon Semenenyih yang akan bertanding ke epringkat daerah nanti. Disamping itu mesyuarat juga membincangkan perancangan zon Semenyih sebagai tuan rumah bagi pertandingan Bolajaring peringkat daerah.