Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Wednesday, March 23, 2011

Pemantauan SM Teknik Kajang


23 March 2011 - Pemantauan ICT dan PSS ke SM Teknik Kajang telah dilakukan oleh Pegawai PKG Semenyih iaitu En. Mohamad Bustamam bin Hashim. dan JTK PKG Semenyih iaitu Sharifah Nor Fatma Aida bt Tuan Aziz.

Pihak PKG juga memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan PSS dan juga pengurusan makmal komputer. Terdapat 40 buah PC pelajar, 2 PC guru dan 1 server yang sedang beroperasi dengan baik. sekolah ini juga telah mendapat Projek LMS untuk pembelajaran.

Manakala bagi PSS pula mempunyai 1 galeri kemerdekaan yang selesa dam sesuai digunapakai untuk kelas pembelajaran. GPM agak bimbang dengan kukurangan buku yang tidak mencapai nisbah 1:10 dan pihak kami telah mencadangkan agar pohon peruntukkan daripada pihak PIBG dan juga pihak-pihak luar.

Tuesday, March 22, 2011

Pemantauan SMK Bandar Rinching

Tarikh : 22 March 2011


22 Mac 2011 - Pemantauan ICT dan PSS ke SMK Bandar Rinching telah dilakukan oleh Pegawai PKG semenyih iaitu En. Mohamad Bustamam bin Hashim. PKG juga turu memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan PSS dan juga pengurusan makmal komputer. Terdapat 40 buah PC pelajar, 2 PC guru. Talian internet pula berfungsi dengan baik malah pihak sekolah membuat inisiatif sendiri memasang wireless di sekitar sekolah.


Manakala bagi PSS pula mempunyai rekod perolehan buku menggunakan sistem S-Slip. GPM juga telah mewujudkan Bilik Warta.kom iaitu sebuah bilik yang mengumpulkan hasil-hasil dokumentasi program sekolah. Nisbah buku masih belum mencapai nisbah 1:10. Pegawai memberi khidmat nasihat agar pihak sekolah menambah koleksi buku-buku melalui pembelian peruntukan PCG dan juga sumbangan dari pihak luar.

Wednesday, March 2, 2011

Senarai Email Sekolah 1Selangor


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak BTPN Selangor telah pun menyiapkan senarai email bagi semua sekolah di seluruh Selangor. Sehubungan dengan itu, diminta semua sekolah agar dapat menggunakan email ini bagi tujuan urusan rasmi yang berkaitan. Senarai email semua sekolag zon PKG Semenyih adalah seperti yang tertera.

Untuk pengetahuan pihak sekolah juga bahawa, Kata Laluan boleh diperolehi dengan menghubungi PKG di talian 03-87230586 pada waktu pejabat. Besarlah harapan kami agar digunakan dengan sepenuhnya sebagai medium perhubungan antara sekolah dan PKG.