Friday, February 1, 2013

Latihan 351 SC Fasa 1 Pusingan 2 Tahun 2013

Pada 30 & 31 Jan : Bertempat di Sek Men Agama Persekutuan Kajang telah berlangsung Latihan 351 SC Fasa 1 Pusingan 2 Tahun 2013.

Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 351 Sekolah Champion telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (No. Ruj. KP/KPPM/BTP(29) bertarikh 18 Jun 2012) sebagai sekolah penanda aras pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment: VLE) di bawah projek 1BestariNet KPM. Sekolah-sekolah yang terpilih ini akan menjadi mentor kepada sekolah-sekolah lain bagi memberi kesan berganda (multipler effects) seterusnya memastikan kejayaan pelaksanaan transformasi pengajaran dan pembelajaran maya. 




Bimbingan berterusan melalui latihan, teknologi maklumat dan komunikasi dan lawatan kepada semua sekolah yang terlibat akan diberikan oleh pihak YTL Communications Sdn. Bhd. Sehingga hujung tahun lepas (2012), latihan telah dilaksanakan kepada 167 sekolah-sekolah yang ada connectivity sahaja di Semenanjung Malaysia. Oleh kerana 351 Sekolah Champion ini akan dijadikan sekolah Pusat Kecemerlangan bagi projek VLE dalam PDP, BTP-BTPN-PKG perlu memainkan peranan yang aktif untuk memastikan hasrat ini tercapai.