Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Thursday, September 29, 2011

Kursus Latihan Penggunaan Eduweb TV Ver 2.0

Pada 29 Sept 2011 : Pihak PKG Semenyih telah menjemput penceramah iaitu En. Najmudin bin Azmi dari PKG Ampang menyampaikan kursus ini. Seramai 26 peserta telah mengikuti kursus eduweb TV ini dengan jayanya.

Tuesday, September 27, 2011

Khidmat Bantu PSS SMK Bandar Rinching

PKG Semenyih telah mengadakan Khidmat Bantu PSS ke SMK Bandar Rinching dengan sekali lagi kami mengumpul GPM-GPM sekolah ahli Zon Semenyih untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar mana yang perlu.

GPM-GPM sekali lagi bergabung tenaga dalam menjayakan Khidmat Bantu kali ini. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak.


Monday, September 26, 2011

Pemantauan Anugerah PSS SK Bandar Rinching

Pada 26 Sept 2011 : Telah diadakan pemantauan untuk Anugerah Pusat Sumber Sekolah di SK Bandar Rinching. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya. Semoga SK Bandar Rinching terus cemerlang.

Friday, September 23, 2011

Pemantauan SK Beranang

23 Sept 2011 : Pihak PKG semenyih telah ke SK Beranang untuk mengadakan pemantauan pusat sumber. GPM Sk beranang iaitu En. Syed Nor Zalman. Pusat Sumber ini sangat menarik dengan wujudnya pelbagai sudut untuk P&P.


Monday, September 19, 2011

Khidmat Bantu PSS SK Bandar Rinching

PKG Semenyih telah ke SK Bandar Rinching untuk Khidmat Bantu PSS di sekolah tersebut. Semua GPM dari 22 buah sekolah ahli PKG Semenyih telah berkumpul di SK Bandar Rinching ini dan mereka terlibat dalam Khidmat Bantu ini yang julung-julang kali diadakan ini.

Secara tidak langsung, mereka boleh berkongsi idea dalam penyediaan bahan, dokumen dan ubah atur perabot. Terima kasih kepada semua GPM yang terlibat.




Tuesday, September 13, 2011

Pemantauan ICT & PSS SMK Bandar Rinching

13 Sept 2011 : PKG Semenyih telah mengadakan pemantauan ICT dan PSS ke sekolah SMK Bandar Rinching. GPM dan juga Guru ICT telah memberi komitmen yang baik kepada pihak kami dalam merancang pembaikkan untuk masa akan datang.