Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Wednesday, May 26, 2010

Seminar Profesional Keguruan Guru Tahun 6 Zon Semenyih 2010

















Friday, May 14, 2010

Mesyuarat JKPA 2010

Mesyuarat JKPA bagi tahun 2010 telah diadakan pada 14 April 2010 di Bilik Sri Beranang, PKG Semenyih.






























Thursday, May 13, 2010

Kampus Astro

Pemasangan Kampus Astro merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Kegiatan Guru selama 2 tahun secara percuma.

Sebanyak 13 saluran pendidikan informasi diberikan, antaranya saluran- saluran pendidikan dan maklumat terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.




Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web : http://www.astro.com.my/kampusastro/intro.asp

Tel : 03-7491 9888
Email : kampus_astro@astro.com.my

Monday, May 10, 2010

Khidmat Bantu ICT di SK Bandar Tasik Kesuma

Khamis, 29 April 2010 PKG Semenyih telah mengadakan khidmat bantu ICT di SK Bandar Tasik Kesuma. PKG Semenyih ingin berterima kasih kepada FT yang terlibat iaitu Mohd Ferdaus dari SJKC Sin Ming, Mohd Redhuan dari SJKT Ladang Rinching & Aziera Zamshi dari SK Beranang & juga kepada guru-guru SKBTK yang banyak memberi kerjasama kepada kami. Terima kasih kepada semua.












Monday, May 3, 2010

TAHNIAH kepada semua..

TAHNIAH kepada semua 22 buah sekolah zon semenyih yang telah memberi kerjasama dalam pengisian data tersebut dan kini telah mencapai 100%.