Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Friday, December 9, 2016

Pengedaran Bahan MBMMBI tahun 2017 untuk sekolah menengah akan dilaksanakan mulai 14hb Disember hingga 23hb Disember 2017. Sekolah yang terlibat ialah SMK Khir Johari , SMK Taman Jasmin 2 , SMK Bandar Rinching , SMK Bandar Tasik Kesuma dan SMK Ungku Husain. Pihak PKG akan menghubungi sekolah sekolah tersebut untuk urusan penyerahan bahan dan pengesahan dokumen serah terima. 

Kursus Kejurulatihan VLE KPM dalam 1BestariNet Fasa 2 untuk Zon Tengah telah selesai diadakan pada 6 hingga 8hb Disember yang lalu. Pasukan yang melibatkan kan IPG , JPN , BTPN ,PPD dan PKG ini akan membantu sekolah sekolah untuk merealisasikan PdP menggunakan platform VLE .Peranti smartphone guru dan naiktaraf zoom di sekolah sekolah akan menyokong pelaksanaan ini.


Thursday, December 1, 2016

Pengerusi JKPA dan GICT bergambar selepas penerimaan peranti
Proses pengagihan peranti smartphone YES altitude telah selesai. Proses pengagihan dibuat di SK Bandar Baru Selayang 2 pada 30 Nov 2016. Pihak sekolah boleh mengedarkan peranti tersebut kepada semua guru dalam senarai semak yang diberikan. Bagi guru yang tidak tersenarai mohon isi borang yang disertakan dan hantar ke PPD ICT.

Sebagaimana yang ditaklimatkan  mohon baca dan fahamkan garis panduan penggunaan yang diemail kepada semua sekolah terutama yang berkaitan dengan penggunaan , kerosakan dan tatacara am.

Semoga tahun 2017 akan memberi sinar baru dalam penyediaan bahan PdP dan merancakkan lagi proses PLC dalam VLE di sekolah masing masing.