Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Thursday, November 14, 2013

Bengkel Verifikasi Data NILAM


14 Nov 2013 : Bengkel ini diadakan bertujuan membuat semakan yang terkini kepada mana-mana sekolah Zon PKG Semenyih yang belum mengemaskini pengisian data online i-NILAM 2013.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Halimi bin Yaacob, Ketua PKG Semenyih. Beliau telah memberikan bantuan secara sistematik dalam memudahkan pengisian data-data NILAM. Sasaran PKG Semenyih pada tahun 2013 adalah 22 buah sekolah akan mencapai 100% pengisian.

Wednesday, November 13, 2013

Bengkel Khidmat Bantu PSS


11 - 13 nov 2013 : Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 14 orang peserta yang telah terdiri daripada Guru Penyelaras perpustakaan dan Media.

Khidmat Bantu PSS ini merupakan satu inisiatif dan tindakan PKG Semenyih untuk memberi bimbingan dan panduan pengurusan PSS. Program ini diharap dapat memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan pendidikan.

Wednesday, October 30, 2013

Bengkel Pengumpulan Bahan Digital PDP


30 Oktober 2013 : Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang Guru ICT Zon PKG Semenyih. Penceramahnya adalah En. Halimi bin Yaacob, PTP PKG Semenyih.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk mengumpulkan bahan-bahan inovasi yang telah dijayakan oleh sekolah-sekolah Zon Semenyih. Kemahiran penyediaan bahan dan pengukuhan serta pengayaan yang bervariasi.

Peserta juga diberikan pendedahan berkaitan dengan cara penyediaan bahan yang lebih sistematik dan tersusun. Pada akhir bengkel bahan-bahan dikumpulkan untuk dihantar ke pihak BTP.



Friday, October 25, 2013

Bengkel MBMMBI Pendidikan Khas


25 Okt 2013 : Bengkel ini telah dihadiri seramai 4 orang Guru yang mengajar Pendidikan Khas daripada SMK Bandar Rinching. 

Penceramah utama bengkel ini adalah En. halimi bin Yaacob, Ketua PKG Semenyih. Antara pendedahan yang diberikan semasa bengkel adalah penerangan tentang penggunaan bahan CD perisian pendidikan MBMMBI dan kaedah penggunaan yang sesuai digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini diadakan bertujuan memberikan latihan dalaman bagi guru-guru yang mengajar subjek Bahasa malaysia dan bahasa Inggeris.

Friday, October 11, 2013

Salam Aidiladha 1434H

Beli tepung gandum di kedai Isabella, 
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha, 
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila, 
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha

Thursday, August 1, 2013

Salam Aidilfitri 1434H

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.


Wednesday, June 19, 2013

TAHNIAH....!!!

SSQS 5 Bintang : Program Pembestarian Sekolah. TAHNIAH kepada 9 buah sekolah Zon PKG Semenyih iaitu:-
a) SK Bandar Rinching
b) SK Kg Kuala Pajam 
c) SK Kg Rincing
d) SK Bandar Tasik Kesuma
e) SJK (C) Kg. Baru Semenyih
f) SMK Khir Johari
g) SK Taman Jasmin
h) SK Bandar Teknologi
i) SMK Engku Husain

Pihak BTPN Selangor serta Jabatan Pelajaran Selangor pada 19hb Jun 2013 bertempat di Dewan Auditorium CIAST Shah Alam telah mengadakan “Program Pembestarian Sekolah : 1Bestari 1Aspirasi” untuk meraikan sekolah-sekolah yang berjaya mencapai tahap 5 Bintang. 

Pada tahun 2012 BTP telah menilai sebanyak 915 buah sekolah negeri Selangor dan daripada jumlah tersebut sebanyak 136 buah sekolah mencapai 5 bintang, 21 mengekalkan 5 bintang daripada tahun 2011, 11 sekolah daripada 2010 dan 7 buah sekolah berjaya mengekalkan 5 bintang daripada tahun 2009. 

Majlis perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor iaitu Tuan Haji Mahmud b Karim. Terima-kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya mencapai tahap bestari dan kami semua harap tahun 2013 satu pencapaian yang lebih cemerlang dan terbilang dapat dicapai.


Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik
terutama juga ditujukan kepada guru-guru Zon PKG Semenyih.
Teruskan kerja mulia anda.

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA. 

HURAIAN 1ASPIRASI.
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi. 

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. 


Terima Kasih Cikgu!

Wednesday, February 20, 2013

Mesyuarat Data Inisiatif 2013

20 Feb : Alhamdulillah hari ini telah berjalan Mesyuarat Data Inisiatif 2013 bagi Zon PKG Semenyih dengan jayanya. Mesyuarat dihadiri oleh GPB/GICT seramai 22 orang.

Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk bagi Jawatankuasa Badan Perhubungan GICT Zon PKG Semenyih bagi tahun 2013 yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Yunus bin Baharudin daripada SK bandar Rinching (Sekolah Champion Tahun 2012).









Mesyuarat JK GPB/GICT Bil 1/2013

20 Feb : Mesyuarat JK GPB/GICT telah dihadiri seramai 22 orang GPB/GICT daripada sekolah-sekolah Zon PKG Semenyih. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Halimi bin Yaacob, Ketua PKG Semenyih.

Beberapa perbincangan dan persetujuan telah dicapai antaranya berkaitan dengan pengisian data online SSQS, 1Bestarinet, VLE Frog, Email Sekolah (SeMos), Data Selenggara ICT, STS, Pelupusan, Direktori PKG, Pemantauan Makmal dan lain-lain yang berkaitan. 
Semua GPB/GICT telah maklum atas peranan dan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan bagi membantu BTP meneraju Transformasi Generasi Melalui Teknologi Pendidikan.

Wednesday, February 6, 2013

Mesyuarat Pagi PKG Semenyih Bil 1/2013


6 Feb : Dihadiri oleh En. Sakri bin Said iaitu PTP dari BTPN Selangor untuk Mesyuarat Pagi Bil 1/2013. Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil 1/2012, dan juga perkara berbangkit. Turut membincangkan Pembentangan Aktiviti sepajang 2013 nanti, Pengurusan Pejabat, pelaporan Tetap dan hal-hal lain.

Ucapan penangguhan pada jam 11:00pagi.

Friday, February 1, 2013

Latihan 351 SC Fasa 1 Pusingan 2 Tahun 2013

Pada 30 & 31 Jan : Bertempat di Sek Men Agama Persekutuan Kajang telah berlangsung Latihan 351 SC Fasa 1 Pusingan 2 Tahun 2013.

Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 351 Sekolah Champion telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (No. Ruj. KP/KPPM/BTP(29) bertarikh 18 Jun 2012) sebagai sekolah penanda aras pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment: VLE) di bawah projek 1BestariNet KPM. Sekolah-sekolah yang terpilih ini akan menjadi mentor kepada sekolah-sekolah lain bagi memberi kesan berganda (multipler effects) seterusnya memastikan kejayaan pelaksanaan transformasi pengajaran dan pembelajaran maya. 




Bimbingan berterusan melalui latihan, teknologi maklumat dan komunikasi dan lawatan kepada semua sekolah yang terlibat akan diberikan oleh pihak YTL Communications Sdn. Bhd. Sehingga hujung tahun lepas (2012), latihan telah dilaksanakan kepada 167 sekolah-sekolah yang ada connectivity sahaja di Semenanjung Malaysia. Oleh kerana 351 Sekolah Champion ini akan dijadikan sekolah Pusat Kecemerlangan bagi projek VLE dalam PDP, BTP-BTPN-PKG perlu memainkan peranan yang aktif untuk memastikan hasrat ini tercapai.

Wednesday, January 30, 2013

Antivirus 1BestariNet

Kepada semua sekolah yang menggunakan 1BestariNet anda kini boleh memuat-turun perisian antivirus untuk 1BestariNet dengan mudah dengan menggunakan pautan yang telah kami berikandalam emel sekolah. (tak buka emel tak boleh download memandangkan terhad hanya 400, 00 salinan sahaja untuk kegunaan sekolah.

Gambar : Google.com

Terdapat dua versi iaitu Antivirus Symantec 32 bit dan 64 bit. hanya PC guru pergantian daripada syarikat Kelisa Tech Sdn Bhd dan HP Multiseat Teacher sahaja menggunakan versi win7 64 bit boleh dipasang.

Untuk PC sekolah menggunakan win XP sila muat-turun antivirus alternatif lain seperti Microsoft Security Essential download di sini Boleh Donwload Disini [ KLIK ]

Tuesday, January 22, 2013

Pemantauan BTPN Selangor Bil 1/2013

22 Jan : PKG Semenyih telah menerima kunjungan daripada Pn. Nur Syariza dari UPICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor untuk mengadakan pemantauan bagi tahun 2013.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.