Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Monday, December 29, 2014

Penangguhan Sesi Persekolahan 2015

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR


Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Friday, December 19, 2014

Pemantauan Selenggara Komputer Kolej (V) Kajang

19 Dis 2014 : Wakil PKG Semenyih telah ke Kolej (V) Kajang untuk menjalankan Pemantauan Selenggara Komputer yang telah dibuat pada minggu lepas. Sebanyak 17 buah komputer telah diselenggara dengan baik oleh Syarikat MHS Resources Sdn. Bhd.



[ Koleksi Gambar ]

Friday, November 28, 2014

Video Promosi PKG Semenyih 2014

Video Promosi PKG Semenyih 2014

Lawatan Penanda Aras Pembantu Tadbir PKG dan BTPN Pahang

28 Nov 2014 : PKG Semenyih telah didatangi oleh Pembantu Tadbir PKG dan BTPN Pahang untuk tujuan lawatan penanda aras.



[ Koleksi Gambar ]

Friday, November 21, 2014

Selamat Bercuti

Selamat bercuti untuk warga sekolah terutama Zon PKG Semenyih.




Monday, November 17, 2014

Pegawai Baru PTP2 PKG Semenyih



Dimaklumkan pengantian pegawai baru PTP2 yang akan mula bertugas di PKG Semenyih. Beliau yang dimaksudkan itu ialah;-

Nama : Mohamad bin Awang
Daripada : GPM, SK Bandar Rinching.

Dengan kehadiran pegawai yang baru ini, semoga PKG Semenyih dapat meningkatkan lagi prestasi dan terus cemerlang Meneraju Transformasi Generasi Bestari Melalui Teknologi Pendidikan.

Friday, November 7, 2014

Pemantauan PKG Ke Sekolah Ahli 2014 - Kolej V Kajang

7 Nov 2014 : PKG Semenyih telah membuat Pemantauan Sekolah Ahli 2014 ke SMK Bandar Rinching dengan membuat Pemantauan Mengenai PSS dan juga Makmal Komputer.





[ Koleksi Gambar ]

Pemantauan PKG Ke Sekolah Ahli 2014 - SJKC Sin Ming

7 Nov 2014 : PKG Semenyih Telah membuat Pemantauan Sekolah Ahli 2014 ke SJKC Sin Ming dan membuat tinjauan ke PSS dan juga Makmal Komputer PIBG (Sumbangan).





Thursday, November 6, 2014

Pemantauan PKG Ke Sekolah Ahli 2014 - SMK Bandar Rinching

6 Nov 2014 : PKG Semenyih telah membuat Pemantauan Sekolah Ahli 2014 ke SMK Bandar Rinching dengan membuat Pemantauan Mengenai PSS dan juga Makmal Komputer.


[ Koleksi Gambar ]

Monday, November 3, 2014

Selamat Maju Jaya Kepada Semua Calom SPM 2014

Selamat Maju Jaya Kepada Semua Calon SPM 2014




Monday, October 27, 2014

Audit MBMMBI Dari KPM Ke PKG Semenyih

27 Okt 2014 : Dua (2) Orang Wakil Dari KPM telah datang ke PKG Semenyih untuk membuat audit dan tinjauan mengenai MBMMBI Zon PKG Semenyih.
[ Koleksi Gambar ]

Thursday, October 9, 2014

Mantan PKG Semenyih 1992 - 2014

Mantan PKG Semenyih dari 1992 sehingga 2014.

Wednesday, September 24, 2014

Bengkel Pelaksaan Modul Kedatangan Murid Dalam SPS

24 September 2014 :  Bengkel Pelaksaan Modul Kedatangan Murid Dalam SPS telah diadakan di PKG Semenyih bagi menerangkan dengan lebih jenis mengenai SPS yang dilaksanakan.


Koleksi Gambar ]

Wednesday, September 3, 2014

Pemantauan PKG Ke Sekolah Ahli - SK Ulu Semenyih & SK Bandar Rinching

3 Sept 2014 : Pemantauan PKG Ke Sekolah Ahli 2014 - SK Ulu Semenyih & juga ke SK Bandar Rinching telah dijalankan pada hari ini oleh Pegawai PKG Semenyih En. Halimi Yaacob dan dibantu oleh Juruteknik Komputer PKg Semenyih.
Koleksi Gambar ]

Tuesday, August 26, 2014

Bengkel Kemahiran Profesional GPM atau S17


26 Ogos 2014 telah diadakan Bengkel Kemahiran Profesional GPM atau S17 bertempat di PKG Semenyih kepada 22 orang peserta diwakili seorang bagi satu-satu sekolah. 



Koleksi Gambar ]

Thursday, August 21, 2014

Bengkel Kemahiran Teknologi Pendidikan

21 Ogos 2014 - Satu Bengkel Kemahiran Teknologi Pendidikan telah diadakan di Bilik Mawar PKG Semenyih bagi tujuan memberi kemahiran berkaitan audio dan video kepada GPB/GICT Zon Semenyih bagi menjayakan video korporat sekolah.
[ Koleksi Gambar ]

Friday, August 15, 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Guru Perpustakaan & Media Bil 2 2014

15 Ogos 2014 -  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Guru Perpustakaan & Media Bil 2 2014 telah diadakan di Bilik Mawar PKG Semenyih.
[ Koleksi Gambar ]

Thursday, August 14, 2014

Pemantauan PKG ke Sekolah Ahli 2014 - SJKT Ldg Rinching

14 Ogos 2014 -  PKG Semenyih telah membuat Pemantauan PKG ke sekolah Ahli 2014 - SJKT Ladang Rinching iaitu Pemantauan ICT, Teknologi Pendidikan dan juga Pusat Sumber Sekolah.

Pemantauan PKG ke sekolah Ahli 2014 - SJKC Ton Fah

14 Ogos 2014 -  PKG Semenyih telah membuat Pemantauan PKG ke sekolah Ahli 2014 - SJKC Ton Fah iaitu Pemantauan ICT, Teknologi pendidikan dan juga Pusat Sumber Sekolah.
[ Koleksi Gambar ]

Friday, August 8, 2014

Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari, GICT & Juruteknik Komputer Bil 2 2014

08 Ogos 2014 -  Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari,  GICT & Juruteknik Komputer Zon PKG Semenyih telah diadakan di Bilik Mawar, PKG Semenyih.

Koleksi Gambar ]

Friday, July 18, 2014

Selamat Menyambut Hari Raya


Selamat Menyambut Hari Raya
&
Maaf Zahir Batin

Daripada kami;
PKG Semenyih

[ Paparan Youtube ]

Thursday, July 17, 2014

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan 1BestariNet (VLE-Frog) Daerah Hulu Langat 2014

17 Julai 2014 :  Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan 1BestariNet (VLE-Frog) Daerah Hulu Langat 2014 telah diadakan di PPD Hulu Langat kepada guru-guru iaitu admin VLE Frog. TElah dipengerusikan oleh En Musa daripada PPD dan penerangan mengenai VLE Frog oleh Cikgu Aida daripada SK Batu Sembilan Cheras. 
Wakil daripada PKG Hulu Langat iaitu En. Halimi bin Yaacob juga telah menyampaikan sedikit mengenai VLE Frog kepada guru-guru tersebut.


[ Koleksi Gambar ]

Wednesday, July 16, 2014

Taklimat Inisiatif SSQS & Gerak Gempur VLE

16 Julai 2014 : Taklimat Inisiatif SSQS & Gerak Gempur VLE telah diadakan di PKG Semenyih yang telah dipengerusikan oleh Ketua PKG Semenyih En. Halimi bin Yaacob.
[ Koleksi Gambar ]

Monday, July 14, 2014

SSQS Bermula....


Tuesday, June 24, 2014

Majlis Serah Tugas & Perpisahan PTP2

24 Jun 2014 : Majlis Serah Tugas Perpisahan PTP2 - En. Bustamam bin Hashim ke PKG Pelangai. Semoga terus cemerlang di tempat baru.

[ Koleksi Gambar ]

Thursday, June 19, 2014

Pemantauan SK Rinching Hilir

19 Jun 2014 : Pemantauan ICt & PSS ke SK Rinching Hilir.
[ Koleksi Gambar ]