Wednesday, March 25, 2009

Mesyuarat guru ICT

Pada 27 Februari 2009, satu mesyuarat pelarasan guru-guru ICT sekolah-sekolah zon Semenyih telah diadakan di PKG ini. Seramai 22 guru ICT terlibat dalam mesyuarat ini. Mesyuarat membincangkan prosedur penyelenggaran peralatan ICT yang dibekalkan oleh KPM kepada sekolah. Turut diberi taklimat bagaimana laporan masalah kerosakan komputer dibuat iaitu secara manual menggunakan borang laporan kerosakan peralatan ICt menggunakan borang KEW PA9 dan juga pelaoran masalah kerosakan secara online menggunakan support ticketing system. Mesyuarat berakhir dengan taklimat dan tunjukcara pengisian sistem pemantauan penggunaan prasarana ICT di sekolah.