Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Tuesday, April 24, 2012

Bengkel E-Bahan

23 April : Telah diadakan Bengkel E-Bahan untuk guru-guru ICT Zon PKG Semenyih. Terdiri daripada 22 orang guru telah mempelajari teknik asas membuat video. Bengkel dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Semenyih, En. Halimi bin Yaacob.




Monday, April 23, 2012

Pindaan Tarikh Bengkel E-Bahan

===================================
PENGUMUMAN 

Bengkel E-Bahan yang dijadualkan pada 24hb April 2012 ini
dipinda ke tarikh lain iaitu 23hb April 2012.
Perubahan tarikh ini berikutan guru² ICT utk Sek. Men. terlibat dengan
Kursus SSQS di Pangkor.
Surat untuk tarikh baru akan menyusul nanti.
Terima kasih.

===================================


Friday, April 20, 2012

Mesyuarat JK Permuafakatan Zon Semenyih bil 1/2012

19 April : Telah diadakan Mesyuarat JKPA bagi zon PKG Semenyih bil 1/2012. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan KPP bahagian teknologi Pendidikan negeri Selangor iaitu Tn. Hj. Mohd Nor bin Abu.






Wednesday, April 18, 2012

Kursus Kewangan PSS

17 April : Telah diadakan Kursus Kewangan Pusat Sumber Sekolah bertempat di PPD setelah sebanyak 5 daerah bergabung iaitu Zon PKG Bangi, PKG Semenyih, PKG Ampang, PKG Kajang dan PKG Cheras. Dalam kursus kali ini semua GPM sekolah terlibat.



Friday, April 13, 2012

Mesyuarat JK Pembangunan PSS Bil 2/2012

13 April : Telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan PSS bagi Zon PKG Semenyih Bil.2/2012. Mesyuarat telah dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan En. Halimi Yaacob dan En. Mohamad Bustamam bin Hashim dan seramai 22 orang GPM telah hadir.







Laman Portal Sekolah

Gambar : Google.com


Merujuk email BTP tempoh hari, 
dimohon pihak tuan/puan dapat memberi alamat portal sekolah masing-masing bagi yang mempunyai portal dan termasuk juga senarai sekolah yang tidak mempunyai portal.

Sila maklumkan kepada kami melalui email pkg_semenyih@moe.edu.my / di talian 03-87230586



Monday, April 9, 2012

Majlis Perasmian Dewan SMK Khir Johari & SK Beranang

Majlis Perasmian Dewan SMK Khir Johari & SK Beranang

Majlis telah berlangsung dengan jayanya semalam 8 April 2012 dan telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Mohd. Puad bin Zarkashi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia.