Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Thursday, April 23, 2009

Bengkel penggunaan audio dalam P&P pendidikan Islam








Pada 23 dan 24 April 2009 PKG Semenyih telah menganjurkan bengkel penggunaan bahan audio dalam pengajaran dan pembelajran pendidikan Islam. Bengkel dihadiri oleh guru-guru pendidikan islam sekolah-sekolah zon Semenyih saramai 15 orang.

Antara pengisian bengkel ialah teori mengenai audio, penggunaannya dalam bidang pendidikan, serta peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membuat rakaman audio.

Peserta bengkel turut juga didedahkan kepada perisian-perisian editing audio seperti Sound Forge, Wavelab, Jet Audio dan Catwalk. Namun tunjukcara terperinci hanya pada perisian Sound forge.

Bagi mengukuhkan kefahaman peserta bengkel, mereka dikehendaki membina satu projek penerbitan audio untuk digunakan dalam P&p Pendidikan Islam.

Friday, April 17, 2009

Mesyuarat JK Sosial


17 April 2008 satu mesyuarat JK Sosial PKG telah dilaksanakan bagi membincangkan pelaksanaan karnival sukan permainan peringkat zon Semenyih. Antara permainan yang akan dilaksanakan iaitu Bowling, Bola sepak, Bola Tampar L&P, Bolajaring, Sepaktakraw dan Badminton. Karnival ini akan dilaksanakan pada Sabtu 25 April 2009.

Berikut adalah nama sekolah yang akan menjadi tuan rumah :

SK Bandar Rinching - Bola tampar
SK Semenyih - Bola sepak
SK Taman Jasmin - Bola jaring
SK Rinching Hilir - Sepaktakraw
SK Bandar Teknologi - SK Bandar Teknologi ( Permainan di Metro Point Kajang )

Kepada guru-guru dan warga pendidikan yang berminat untuk menyertai karnival permainan tersebut sila berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru Semenyih atau sekolah-sekolah yang menjadi tuan rumah.

Wednesday, April 15, 2009

Makluman kerja luar pejabat

Ketua PKG:En Jamal

6-10 April 2009 Bengkel penerbitan bahan P&P di Hotel Puteri KL
14 April 2009 Mesyuarat JK Multimedia Hari Guru DHL di SK Kg Rinching

Pembantu PKG : En Zulmajdil Hafiz b. Che Mohd Zaki:

7-10 April 2009 Bengkel penggunaan kamera SLR NikonHotel Empress Sepang
14-15 Apr 2009 Khidmat bantu PSS calon negeri Selangor di SK Perimbun
17 Apr 2009 - Bengkel pembinaan intrumen khemah membaca di PKG Kajang
21-23 Apr 2009 - Bengkel pembinaan skrip penerbitan bahan P&P di BTPN Selangor
27-30 Apr 2009 - Khidmat bantu PSS SK Taman Kosas

Pembantu Tadbir : Pn Hawa bt Isnin

Monday, April 6, 2009

Kursus asas pengurusan PSS

PKG daerah Hulu Langat melaksanakan kursus asas pengurusan PSS pada 30 Mac hingga 3 April 2009 bertempat di PKG Cheras. Kursus ini diberikan kepada guru perpustakaan media yang baru dilantik pada tahun ini atau guru media yang baru dilantik pada tahun 2008 tetapi masih belum memiliki kursus asas pengurusan PSS.