Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Friday, August 12, 2016

Khidmat Bantu SSQS


Khidmat Bantu SSQS yang diadakan di PKG Semenyih untuk membantu sekolah ahli yang menghadapi masaalah.

Thursday, August 11, 2016

Analisis Penggunaan Laman Pembelajaran Maya (VLE) Minggu ke-32

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Semenyih.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-32 iaitu dari 4 Ogos 2016 hingga 10 Ogos 2016. Untuk makluman semua peratus KPI pada bulan Ogos ialah 16.7%. Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mencapai peratus KPI yang telah ditetapkan dan teruskan usaha bagi sekolah yang tidak mencapai KPI. Terima kasih.  

Pemantauan ICT dan PSS di SJK (T) Ladang Rinching



Pemantauan ICT dan PSS di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rinching pada 9 Ogos 2016.

Bengkel Penghasilan Bahan Pdp Menggunakan Aplikasi Google Apps



Bengkel Penghasilan Bahan Pdp Menggunakan Aplikasi Google Apps dengan guru-guru GPM  yang diadakan di PKG Semenyih pada 5 Ogos 2016 bersamaan dengan hari Jumaat. 

 

Pemantauan ICT dan PSS di SK Kampong Rinching


Pemantauan ICT dan PSS yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampong Rinching pada 4 Ogos 2016.

Wednesday, August 10, 2016

Pertandingan Digital Storytelling Animatian Peringkat Negeri Selangor


Program pertandingan Digital Storytelling Animation akan diadakan di peringkat Negeri Selangor. Tujuan program ini termasuk memberi pendedahan dan dorongan ke arah peningkatan kecenderungan dalam industri digital animasi berlandaskan kurikulum pendidikan Malaysia.  Terhad kepada satu (1) penyertaan sahaja mewakili setiap sekolah . Setiap sekolah diwakili oleh 4 individu sahaja iatiu 1 orang guru dan 3 orang murid. Tema produksi adalah 'Nilai-Nilai Murni dalam Peribahasa/Values in Proverbs'. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Ogos 2016.

Monday, August 8, 2016

Analisis Penggunaan Laman Pembelajaran Maya (VLE) Minggu ke-31

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Semenyih.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-31 iaitu dari 28 Julai 2016 hingga 3 Ogos 2016. Untuk makluman semua peratus KPI pada bulan Ogos ialah 16.7%. Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mencapai peratus KPI yang telah ditetapkan dan teruskan usaha bagi sekolah yang tidak mencapai KPI. Terima kasih.