Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Monday, November 12, 2012

School Holidays


Thursday, November 8, 2012

Bengkel VLE FROG

Pada 7 Nov 2012 PKG Semenyih telah mengdakan Bengkel VLE FROG untuk 12 sekolah zon PKG Semenyih dengan diwakili seorang guru pengiring bersama 4 orang murid. Bengkel dijalankan di Makmal Komputer SJKC Sin Ming yang boleh menampung sehingga 50 orang murid. Bengkel berjalan dengan jayanya






Monday, November 5, 2012

Surat : Bengkel Pengumpulan Semakan & Verifikasi Data PSS & ICT Sekolah

Sukacita dimaklumkan, Pusat Kegiatan Guru Semenyih akan menganjurkan Bengkel Pengumpulan, Semakan & Verifikasi Data seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 7 Nov 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mawar, PKG Semenyih


Pihak sekolah dipohon memberi pelepasan untuk hadir ke bengkel tersebut kepada guru-guru berikut :
a) Seorang Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
b) Seorang Guru Penyelaras NILAM
c) Seorang Guru Penyelaras Bestari atau Penyelaras ICT


##Diminta membawa komputer riba, pendrive dan broadband (jika ada)