Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Friday, October 21, 2011

PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN BARU

Warga PKG Semenyih mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan

PUAN ROSNANI BT MOHAMED ALI


Sebagai Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP),
Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 20 September 2011.

Monday, October 17, 2011

KETUA PENOLONG PENGARAH BTPN SELANGOR BARU

KETUA PENOLONG PENGARAH BTPN SELANGOR YANG BARU,

TN. HJ. MOHD NOR BIN HJ ABU


Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah di BTPN Selangor mulai 16 September 2011.

Warga PKG Semenyih mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan atas perlantikan ini.

Friday, October 7, 2011

Pemantauan SK Taman Jasmin

7 Okt 2011 : PKG Semenyih telah membuat pemantauan ICT dan juga PSS ke SK Taman Jasmin yang kerjasama dari GPM iaitu Pn. Mazlina Samudi, Guru ICT iaitu En. Jasmin Ismail dan Juruteknik Komputer iaitu En. Mohd Aref Jemaan. Banyak telah berubah sepanjang pemerhatian kami disini berbanding tahun lepas.

Semoga pihak SK Taman Jasmin terus dapat meningkatkan komitmen kerja terutama dalam bidang PSS mahupun ICT.



Lanjutan Tarikh Pengisian SPPICTS Bil 2/2011


MAKLUMAN

Untuk makluman sekolah, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Unit Data BTP telah melanjutkan tarikh tutup pengisian data SPPICTS kali 2/2011 ini kepada 14 Oktober 2011, jam 4.00 petang bagi memberi peluang kepada sekolah yang masih tidak melengkapkan sepenuhnya.

Apapun TAHNIAH kepada 22 buah sekolah ahli zon Semenyih kerana semalam semua telah berjaya
menyelesaikan pengisian ini dengan lengkap.
Terima kasih.

SPPICTS Bil 2/2011


Sukacita dimaklumkan SPPICTS kali ke-2 2011 yang telah dilaksanakan pada 17 September 2011 akan tamat pada 14 Oktober 2011. Telah dilaksanakan oleh kesemua 22 buah sekolah ahli PKG Semenyih.

Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru, pentadbir, juruteknik komputer serta staf sokongan yang telah mengisi maklumat tersebut lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Thursday, October 6, 2011

BERITA BAIK UNTUK GURU-GURU SEKOLAH YANG INGIN MENYAMBUNG PELAJARAN JARAK JAUH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD KE PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) AMBILAN 2012 DIBAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-10


SILA KLIK [ DISINI ] UNTUK MENGETAHUI SYARAT-SYARAT KEMASUKAN.

Tuesday, October 4, 2011

Bengkel MBMMBI

04 Oktober 2011 - PKG Semenyih telah mengadakan Bengkel MBMMBI 2012 bagi guru Bahasa Malaysia dan guru Bahasa Inggeris Tingkatan Satu bagi 6 buah sekolah menengah di Zon Semenyih. Seramai 12 orang guru yang terlibat.


Bengkel dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 1 kumpulan untuk guru Bahasa Malaysia dan satu kumpulan lagi untuk guru Bahasa Inggeris. mereka ditugaskan untuk menyediakan satu rancangan mengajar berpandukan CD MBMMBI yang abru diberikan kepada mereka untuk dihantar ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.


Pada hari berkenaan Encik Sharul Nizam bin Latif dari Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor telah datang ke PKG Semenyih dalam memantau sepanjang bengkel itu dijalankan. Semoga kita sama-sama dapat menjayakan program ini dalam "Memartabatkan Bahasa Melaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris".