Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Friday, July 18, 2014

Selamat Menyambut Hari Raya


Selamat Menyambut Hari Raya
&
Maaf Zahir Batin

Daripada kami;
PKG Semenyih

[ Paparan Youtube ]

Thursday, July 17, 2014

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan 1BestariNet (VLE-Frog) Daerah Hulu Langat 2014

17 Julai 2014 :  Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan 1BestariNet (VLE-Frog) Daerah Hulu Langat 2014 telah diadakan di PPD Hulu Langat kepada guru-guru iaitu admin VLE Frog. TElah dipengerusikan oleh En Musa daripada PPD dan penerangan mengenai VLE Frog oleh Cikgu Aida daripada SK Batu Sembilan Cheras. 
Wakil daripada PKG Hulu Langat iaitu En. Halimi bin Yaacob juga telah menyampaikan sedikit mengenai VLE Frog kepada guru-guru tersebut.


[ Koleksi Gambar ]

Wednesday, July 16, 2014

Taklimat Inisiatif SSQS & Gerak Gempur VLE

16 Julai 2014 : Taklimat Inisiatif SSQS & Gerak Gempur VLE telah diadakan di PKG Semenyih yang telah dipengerusikan oleh Ketua PKG Semenyih En. Halimi bin Yaacob.
[ Koleksi Gambar ]

Monday, July 14, 2014

SSQS Bermula....