Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Wednesday, February 28, 2018

Majlis Persaraan Guru Besar SK Bandar Rinching



Assalamualaikum & Salam 1Malaysia
28 Februari 2018, telah berlangsung majlis persaraan En. Mustafa Kamal Hj Jamlus, Guru Besar SK Bandar Rinching. En Mustafa Kamal berkhidmat dari tahun 7 Januari 1979 sehingga 28 Februari 2018. Beliau juga mantan pegawai PKG Semenyih pada tahun 1992-1999 dan juga ketua kluster tekno ICT JKPA Zon Semenyih. Selamat Bersara En. Mustafa Kamal. ☺

Monday, November 27, 2017

SELAMAT BERCUTI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 



Kami ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Semoga perkara yang dirancang sepanjang cuti sekolah, berjalan dengan lancar.


Sekian, Terima Kasih 👍👍😁😁

Tuesday, November 21, 2017

PENILAIAN DAN PEMANTAUAN PUSAT KEGIATAN GURU CEMERLANG NEGERI SELANGOR : PKG SEMENYIH

 السلام عليكم & Salam Sejahtera 😁


Pada 20 November 2017, pihak BTPN Selangor telah membuat pemantauan dan penilaian PKG Cemerlang Negeri Selangor sempena Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor 2017. Banyak aspek perlu dilihat sebelum dinilai oleh pihak pegawai sebelum memberi markah. Semoga PKG Semenyih memenuhi kriteria yang dikehendaki. 








Sekian, Terima Kasih

SYMP 😁😁😁😁

Tuesday, November 14, 2017

LAWATAN KERJA KETUA PENOLONG PENGARAH BTPN SELANGOR KE PKG SEMENYIH


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada Jam 10.00 pagi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, Pn. Nik Asma bt. Nik Ahmad & Ketua Unit Pengurusan Strategik BTPN Selangor, Encik Nahar Bin Abdul Halim telah melawat PKG Semenyih. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kerja-kerja selanggara yang dilakukan. 







😎😉😉





Friday, December 9, 2016

Pengedaran Bahan MBMMBI tahun 2017 untuk sekolah menengah akan dilaksanakan mulai 14hb Disember hingga 23hb Disember 2017. Sekolah yang terlibat ialah SMK Khir Johari , SMK Taman Jasmin 2 , SMK Bandar Rinching , SMK Bandar Tasik Kesuma dan SMK Ungku Husain. Pihak PKG akan menghubungi sekolah sekolah tersebut untuk urusan penyerahan bahan dan pengesahan dokumen serah terima. 

Kursus Kejurulatihan VLE KPM dalam 1BestariNet Fasa 2 untuk Zon Tengah telah selesai diadakan pada 6 hingga 8hb Disember yang lalu. Pasukan yang melibatkan kan IPG , JPN , BTPN ,PPD dan PKG ini akan membantu sekolah sekolah untuk merealisasikan PdP menggunakan platform VLE .Peranti smartphone guru dan naiktaraf zoom di sekolah sekolah akan menyokong pelaksanaan ini.


Thursday, December 1, 2016

Pengerusi JKPA dan GICT bergambar selepas penerimaan peranti
Proses pengagihan peranti smartphone YES altitude telah selesai. Proses pengagihan dibuat di SK Bandar Baru Selayang 2 pada 30 Nov 2016. Pihak sekolah boleh mengedarkan peranti tersebut kepada semua guru dalam senarai semak yang diberikan. Bagi guru yang tidak tersenarai mohon isi borang yang disertakan dan hantar ke PPD ICT.

Sebagaimana yang ditaklimatkan  mohon baca dan fahamkan garis panduan penggunaan yang diemail kepada semua sekolah terutama yang berkaitan dengan penggunaan , kerosakan dan tatacara am.

Semoga tahun 2017 akan memberi sinar baru dalam penyediaan bahan PdP dan merancakkan lagi proses PLC dalam VLE di sekolah masing masing.

Monday, November 21, 2016

Pengagihan peranti dan data plan 2GB sekolah sekolah Negeri Selangor bagi Daerah Hulu Langat dan Gombak. ( Zon 4 )

Wednesday, November 16, 2016

Kejayaan Untuk Semua

Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan
Tempat Ke - 2
SK Bandar Teknologi Kajang
Hadiah dan sijil disampaikan sebentar tadi di Auditorium BTP bukit Kiara Kuala Lumpur
( kemaskini berita akan menyusul )

Friday, August 12, 2016

Khidmat Bantu SSQS


Khidmat Bantu SSQS yang diadakan di PKG Semenyih untuk membantu sekolah ahli yang menghadapi masaalah.

Thursday, August 11, 2016

Analisis Penggunaan Laman Pembelajaran Maya (VLE) Minggu ke-32

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Semenyih.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-32 iaitu dari 4 Ogos 2016 hingga 10 Ogos 2016. Untuk makluman semua peratus KPI pada bulan Ogos ialah 16.7%. Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mencapai peratus KPI yang telah ditetapkan dan teruskan usaha bagi sekolah yang tidak mencapai KPI. Terima kasih.  

Pemantauan ICT dan PSS di SJK (T) Ladang Rinching



Pemantauan ICT dan PSS di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rinching pada 9 Ogos 2016.

Bengkel Penghasilan Bahan Pdp Menggunakan Aplikasi Google Apps



Bengkel Penghasilan Bahan Pdp Menggunakan Aplikasi Google Apps dengan guru-guru GPM  yang diadakan di PKG Semenyih pada 5 Ogos 2016 bersamaan dengan hari Jumaat. 

 

Pemantauan ICT dan PSS di SK Kampong Rinching


Pemantauan ICT dan PSS yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampong Rinching pada 4 Ogos 2016.

Wednesday, August 10, 2016

Pertandingan Digital Storytelling Animatian Peringkat Negeri Selangor


Program pertandingan Digital Storytelling Animation akan diadakan di peringkat Negeri Selangor. Tujuan program ini termasuk memberi pendedahan dan dorongan ke arah peningkatan kecenderungan dalam industri digital animasi berlandaskan kurikulum pendidikan Malaysia.  Terhad kepada satu (1) penyertaan sahaja mewakili setiap sekolah . Setiap sekolah diwakili oleh 4 individu sahaja iatiu 1 orang guru dan 3 orang murid. Tema produksi adalah 'Nilai-Nilai Murni dalam Peribahasa/Values in Proverbs'. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Ogos 2016.