Tuesday, March 24, 2009

Bengkel Membina blog PSS


Pada 24 Mac 2009, PKG Semenyih juga menganjurkan bengkel membina blog untuk guru perpustakaan dan media sekolah-sekolah zon Semenyih. Bengkel bertujuan mendedahkan kepada guru teknik membuat buletin secara online.
Pembinaan blog boleh dimanfaatkan oleh guru perpustakaan media untuk menghebahkan perkhidmatan yang diberikan oleh pusat sumber sekolah mereka juga program-program yang dilaksanakan oleh PSS untuk makluman semua guru, pelajar juga ibubapa.
Adalah diharapkan sekembali ke sekolah, guru perpustakaan dan media akan bertindak segera untuk membina blog pusat sumber sekolah mereka.

0 comments:

Post a Comment