Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Showing posts with label tekssqs. Show all posts
Showing posts with label tekssqs. Show all posts

Wednesday, July 16, 2014

Taklimat Inisiatif SSQS & Gerak Gempur VLE

16 Julai 2014 : Taklimat Inisiatif SSQS & Gerak Gempur VLE telah diadakan di PKG Semenyih yang telah dipengerusikan oleh Ketua PKG Semenyih En. Halimi bin Yaacob.
[ Koleksi Gambar ]

Monday, July 14, 2014

SSQS Bermula....


Friday, September 7, 2012

TAHNIAH 100% Pengisian SSQS..!!!

TAHNIAH kepada 22 buah sekolah ahli kami kerana mencapai 100% pengisian sebelum tarikh tutup iaitu 7 September 2012. Semoga tuan/puan boleh memberi komitmen yang baik lagi untuk masa akan datang. TAHNIAH kami ucapkan sekali lagi...

Tuesday, September 4, 2012

Kemaskini Data SSQS - 4 Sept 2012

Mohon 8 buah sekolah lagi yang belum selesai menjawab, mengambil tindakan sebelum 9 September 2012.  
Data sehingga 4 September 2012, jam 8 pagi.

Wednesday, August 29, 2012

Kemaskini Data SSQS - 29 Ogos 2012

Kemaskini data SSQS sehingga 29 Ogos, jam 8.00 pagi. Mohon 9 buah sekolah lagi memberi kerjasama yang sewajarnya. Tahniah pada 13 buah sekolah yang telah mencapai 100%. Terima kasih. 

Tuesday, August 7, 2012

Kemaskini Data SSQS - 6 Ogos 2012

Kemaskini data SSQS sehingga 6 Ogos, jam 5.00 petang. Mohon tuan/puan memberi kerjasama yang sewajarnya. Terima kasih.

Friday, August 3, 2012

Kemaskini Data SSQS - 2 Ogos 2012

SSQS bagi tahun 2012 telah pun bermula semalam iaitu 1 Ogos 2012 dan disini kami akan mengemaskini data yang telah tuan/puan isikan. 
Data sehingga 2 Ogos 2012, jam 5.00petang
Teruskan berjuang...!!!

Surat SSQS 2012

Bersama-sama ini disertakan memo dari PKG Semenyih kepada 22 buah sekolah ahli. 


Wednesday, August 1, 2012

BERSEDIA....

Untuk makluman tuan puan sekalian, 
sekarang SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) telah bermula 
Zon Utara / Zon Sabah/ Zon Sarawak / Wilayah Persekutuan Labuan pada 1 Julai 2012 sehingga 31 Julai 2012 dan Zon Tengah / Zon Selatan / Zon Timur pula akan bermula pada 01 Ogos 2012 hingga 09 September 2012.
Diharap semua GPB/GICT/FT bersedia dari segi mental mahupun fizikal.
Sekian.

Friday, July 20, 2012

Bengkel Simulasi SSQS

19 Julai : PKG Semenyih telah diadakan Bengkel Simulasi SSQS peringkat Zon PKG Semenyih. seramai 22 orang GPB/GICT telah terlibat dalam bengkel ini yang dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Semenyih iaitu En. Halimi Yaacob.

Alhamdulillah, penjelasan dan penerangan terperincin telah diberi tentang satu persatu item SSQS kami juga membuat sesi soal jawab untuk mana-mana item yang kurang difahami.


Malah En. Yunus Baharuddin dari SK Bandar Rinching juga tidak lokek memberi ilmu sedikit sebanyak memandangkan SK Bandar RInching telah mendapat 5 Bintang untuk tahun 2011.



Monday, July 16, 2012

Surat Bengkel Simulasi SSQS



Sukacita dimaklumkan Bengkel Simulasi SSQS akan dijalankan:
Tarikh : 19 Julai 2012
Jam : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Semenyih


Friday, July 6, 2012

Panduan Mengisi SSQS

Panduan Mengisi SSQS 


1. Akses ke Portal SSQS Url : http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my . 


2. Masukkan Kod Organisasi : Kod Sekolah, Kata Laluan : 123 dan klik butang "Masuk".
Paparan akan keluar seperti :


3. Klik "Maklumat Responden".
Paparan akan keluar seperti :




4. Klik pada butang "Cetak" untuk mendapatkan No. Tag bagi setiap responden dan setelah mencetak, klik pada butang "KELUAR" untuk keluar ke halaman utama.


5. Log in sekali lagi sebagai responden dengan menambah huruf "R" di kod sekolah
Contoh :-  
Kod organisasi : BBA4016R
Kata Laluan : 123


6. Ikut arahan pada paparan :
i) Pilih Responden
ii) Masukkan No. Tag
iii) Klik "Teruskan" untuk teruskan


7. Sekiranya berjaya login sebagai responden, soalan SSQS mengikut domain akan dipaparkan. Responden perlu menjawab keseluruhan soalan di dalam setiap tab tersebut.

Ikon bulat yang bewarna MERAH akan bertukar menjadi warna HIJAU setelah semua soalan telah ditanda (*) dijawab. Klik icon "Cetak" untuk mencetak borang tersebut sebagai salinan.



Nota : 
1. Selepas semua 62 soalan selesai dijawab, GPB/GICT perlu cetak borang untuk tujuan rekod.  
2. Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) yang bilangan murid kurang dari 150 orang, jumlah guru pula kurang dari 30 orang. Oleh yang demikian, SKM boleh menggunakan 1 guru untuk setiap mata pelajaran.

Thursday, May 3, 2012

Persediaan Penilaian SSQS 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Selangor telah memuat naik beberapa keperluan persediaan menghadapi penilaian SSQS yang dijangka akan dijalankan pada Jun/Julai akan datang.


BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIMUAT TURUN ADALAH SEPERTI  BERIKUT :-

Apa itu SSQS?
Panduan Mengisi SSQS V2
Pengenalan SSQS V2

Data SSQS 2011 Negeri Selangor
Indikator SSQS
Keputusan SSQS

Panduan Perancangan
Rumusan Sekolah 2012
Lembaran Analisis Sekolah

[ Download Semua Di Atas ]

Tuesday, April 3, 2012

Bengkel Pentaksiran Indikator SSQS

3 April : PKG Daerah Hulu Langat yang terdiri dari PKG Bangi, Semenyih, PKG Ampang, PKG Kajang & PKG Cheras telah bergabung tenaga mengadakan Bengkel Pentaksiran Indikator SSQS.

Taklimat telah diberikan oleh Pegawai ICT BTPN negeri Selangor iaitu En. Munir bin Yaub. Bengkel telah diadakan dengan jayanya. tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah hadir.