Tuesday, January 18, 2011

Pemantauan SMK Khir Johari


18 Jan 2011 - Pegawai PKG Semenyih iaitu En. Mohamad Bustamam bin Hashim telah menjalankan pemantauan ke SMK Khir Johari. Selain daripada melakukan pemantauan, pihak PKG semenyih juga turut memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan PSS dan juga pengurusan makmal komputer. Bagi sudut ICT, SMK Khir Johari hanya mempunyai sebuah makmal komputer yang menempatkan 40 buah PC pelajar, 2 buah PC guru dan 1 server yang didapati telah rosak. Makmal komputer diurus dengan baik, hanya 2 buah komputer yang rosak dans edang menunggu tindakan untuk penyelenggaraan.

Manakala bagi PSS pula, terdapat pembaharuan yang dilakukan oleh GPM seperti mempunyai sudut khas yang boleh diketengahkan. Contohnya Pameran Buku Baru. Ia juga mempunyai sistem pengurusan Fail yang lengkap. Tetapi terdapat sedikit masalah di bangunan ini kerana seringkali terjadi terputus bekalan elektrik yang memerlukan sistem pendawaian yang baru. Pegawai kami memberi khdmat nasihat harap dapat mewujudkan koleksi dokumentasi yang pelbagai.