Wednesday, January 19, 2011

Pemantauan SMK Engku Husain


19 Jan 2011 - Pemantauan ICT dan PSS ke SMK Engku Husain telah dilakukan oleh Pegawai PKG semenyih iaitu En. Mohamad Bustamam bin Hashim. PKG juga turu memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan PSS dan juga pengurusan makmal komputer yang mempunyai 2 bilik makmal. Terdapat 15 buah komputer yang rosak, dan sedang menunggu untuk tindakan penyelenggaraan. Switch dan hub juga rosak dan telah pun melapor dalam STS. PDi harap jugak pihak GICT membuat penambahbaikkan buku log penggunaan bagi tahun 2011.


Manakala bagi PSS pula terdapat taman refleksologi, mempunyai bahan bacaan akhbar yang pelbagai bahasa juga mempunyai sistem automasi dan pelajar menggunakan kad ID. Nisbah buku masih belum mencapai nisbah 1:10. (Terkini 1:4). Pegawai memberi khidmat nasihat agar pigak sekolah menggunakan sistem perolehan stok buku berpusat. Pihak sekolah juga ada menambahbaik dari tahun lepas seperti sedang melaksanakan Wakaf Sumber Bestari untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris.