Tuesday, May 26, 2009

Hari Guru 2009

Hari guru peringkat daerah Hulu Langat dilaksanakan pada hari ini di ESSET (Pusat latihan KWSP) Bangi. PTP PKG daerah Hulu Langat turut hadir menjadi petugas video dan fotografi. PTP terlibat iaitu En Kamaludin Salam, En Jamalullail, Pn Syariza dan En Zulmajdil. Turut membantu En. Kamalazhar b. Mokhtar guru media SK.Beranang.

Selain menjadi petugas video dan fotografi PKG juga diberi tanggungjawab menyediakan klip video tokoh guru iaitu untuk tokoh guru peringkat menengah(Pn Hjh Tipah bt Hasan) dan tokoh guru rendah (En. Rahmat b. Jaafar). Bengkel penyediaan klip video ini dijalankan pada 18-21 Mei 2009 yang lalu di PKG Semenyih.

Hari guru peringkat daerah Hulu Langat ini anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat telah dirasmikan oleh YB Tuan Johan b. Aziz, ADUN Semenyih. Turut hadir menyerikan majlis ialah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.

0 comments:

Post a Comment