Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Tuesday, February 18, 2014

Pemeriksaan Aset di PKG Semenyih

18 Februari 2014 :  Pemeriksaan Aset di PKG Semenyih oleh  Pn. Nur Syariza bt Zainal Abidin dari Pegawai Unit ICT, BTPN Selangor.
Koleksi Gambar

Thursday, February 13, 2014

Bengkel Pengemaskinian Pengisian Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Peringkat PKG Semenyih

13 Feb 2014 : Bengkel Pengemaskinian Pengisian Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Peringkat PKG Semenyih.


Koleksi Gambar

Friday, February 7, 2014

Majlis Pelancaran Membaca & Program NILAM - SJKT Ladang Semenyih

7 Februari 2014 : PKG Semenyih dijemput dalam Majlis Pelancaran  Membaca dan Program NILAM di SJKT Ladang Semenyih.
Koleksi Gambar

Wednesday, February 5, 2014

Pemantauan ICT & PSS - SK Beranang

5 Feb 2014 : 140205 Pemantauan ICT & PSS SK Beranang telah dijalankan hari ini oleh PTP PKG Semenyih.


Kursus Kepimpinan Pengawas PPS - SK Beranang

5 Feb 2014 :  Kursus Kepimpinan Pengawas PPS SK Beranang telah diadakan untuk sesi tahun 2014.


Thursday, January 30, 2014

1Bestarinet Self Care


Berikut adalah cara bagaigamana sekolah dapat membuat aduan berkaitan talian 1BestariNet atau berkaitan masalah VLE Frog di sekolah tuan/puan

Bantuan Teknikal : 018-799 8787
Jadual Pemasangan : 018-7998771
Email Helpdesk : moesupport@ytlcomms.my
Laman : https://1bnselfcare.yes.my 


Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila berhubung dengan Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog, 1BestariNet mempunyai Portal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir Frog diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan teknikal.

Sila pastikan segala aduan 1BestariNet yang dilaporkan mesti mempunyai nombor log masalah/ trouble ticket no supaya tindakan selanjutnya dapat diambil oleh PMO dan YTLC.

Friday, January 3, 2014

Pemantauan Awal tahun

3 Januari 2014 : Pemantauan Awal tahun oleh BTPN Selangor di PKG Semenyih.

Koleksi Gambar Sepanjang Pemantauan

Thursday, November 14, 2013

Bengkel Verifikasi Data NILAM


14 Nov 2013 : Bengkel ini diadakan bertujuan membuat semakan yang terkini kepada mana-mana sekolah Zon PKG Semenyih yang belum mengemaskini pengisian data online i-NILAM 2013.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Halimi bin Yaacob, Ketua PKG Semenyih. Beliau telah memberikan bantuan secara sistematik dalam memudahkan pengisian data-data NILAM. Sasaran PKG Semenyih pada tahun 2013 adalah 22 buah sekolah akan mencapai 100% pengisian.

Wednesday, November 13, 2013

Bengkel Khidmat Bantu PSS


11 - 13 nov 2013 : Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 14 orang peserta yang telah terdiri daripada Guru Penyelaras perpustakaan dan Media.

Khidmat Bantu PSS ini merupakan satu inisiatif dan tindakan PKG Semenyih untuk memberi bimbingan dan panduan pengurusan PSS. Program ini diharap dapat memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan pendidikan.

Wednesday, October 30, 2013

Bengkel Pengumpulan Bahan Digital PDP


30 Oktober 2013 : Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang Guru ICT Zon PKG Semenyih. Penceramahnya adalah En. Halimi bin Yaacob, PTP PKG Semenyih.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk mengumpulkan bahan-bahan inovasi yang telah dijayakan oleh sekolah-sekolah Zon Semenyih. Kemahiran penyediaan bahan dan pengukuhan serta pengayaan yang bervariasi.

Peserta juga diberikan pendedahan berkaitan dengan cara penyediaan bahan yang lebih sistematik dan tersusun. Pada akhir bengkel bahan-bahan dikumpulkan untuk dihantar ke pihak BTP.



Friday, October 25, 2013

Bengkel MBMMBI Pendidikan Khas


25 Okt 2013 : Bengkel ini telah dihadiri seramai 4 orang Guru yang mengajar Pendidikan Khas daripada SMK Bandar Rinching. 

Penceramah utama bengkel ini adalah En. halimi bin Yaacob, Ketua PKG Semenyih. Antara pendedahan yang diberikan semasa bengkel adalah penerangan tentang penggunaan bahan CD perisian pendidikan MBMMBI dan kaedah penggunaan yang sesuai digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini diadakan bertujuan memberikan latihan dalaman bagi guru-guru yang mengajar subjek Bahasa malaysia dan bahasa Inggeris.

Friday, October 11, 2013

Salam Aidiladha 1434H

Beli tepung gandum di kedai Isabella, 
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha, 
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila, 
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha

Thursday, August 1, 2013

Salam Aidilfitri 1434H

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.


Wednesday, June 19, 2013

TAHNIAH....!!!

SSQS 5 Bintang : Program Pembestarian Sekolah. TAHNIAH kepada 9 buah sekolah Zon PKG Semenyih iaitu:-
a) SK Bandar Rinching
b) SK Kg Kuala Pajam 
c) SK Kg Rincing
d) SK Bandar Tasik Kesuma
e) SJK (C) Kg. Baru Semenyih
f) SMK Khir Johari
g) SK Taman Jasmin
h) SK Bandar Teknologi
i) SMK Engku Husain

Pihak BTPN Selangor serta Jabatan Pelajaran Selangor pada 19hb Jun 2013 bertempat di Dewan Auditorium CIAST Shah Alam telah mengadakan “Program Pembestarian Sekolah : 1Bestari 1Aspirasi” untuk meraikan sekolah-sekolah yang berjaya mencapai tahap 5 Bintang. 

Pada tahun 2012 BTP telah menilai sebanyak 915 buah sekolah negeri Selangor dan daripada jumlah tersebut sebanyak 136 buah sekolah mencapai 5 bintang, 21 mengekalkan 5 bintang daripada tahun 2011, 11 sekolah daripada 2010 dan 7 buah sekolah berjaya mengekalkan 5 bintang daripada tahun 2009. 

Majlis perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor iaitu Tuan Haji Mahmud b Karim. Terima-kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya mencapai tahap bestari dan kami semua harap tahun 2013 satu pencapaian yang lebih cemerlang dan terbilang dapat dicapai.


Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik
terutama juga ditujukan kepada guru-guru Zon PKG Semenyih.
Teruskan kerja mulia anda.

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA. 

HURAIAN 1ASPIRASI.
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi. 

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. 


Terima Kasih Cikgu!