Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Friday, July 20, 2012

Bengkel Simulasi SSQS

19 Julai : PKG Semenyih telah diadakan Bengkel Simulasi SSQS peringkat Zon PKG Semenyih. seramai 22 orang GPB/GICT telah terlibat dalam bengkel ini yang dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Semenyih iaitu En. Halimi Yaacob.

Alhamdulillah, penjelasan dan penerangan terperincin telah diberi tentang satu persatu item SSQS kami juga membuat sesi soal jawab untuk mana-mana item yang kurang difahami.


Malah En. Yunus Baharuddin dari SK Bandar Rinching juga tidak lokek memberi ilmu sedikit sebanyak memandangkan SK Bandar RInching telah mendapat 5 Bintang untuk tahun 2011.



Monday, July 16, 2012

Surat Bengkel Simulasi SSQS



Sukacita dimaklumkan Bengkel Simulasi SSQS akan dijalankan:
Tarikh : 19 Julai 2012
Jam : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Semenyih


Friday, July 6, 2012

Panduan Mengisi SSQS

Panduan Mengisi SSQS 


1. Akses ke Portal SSQS Url : http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my . 


2. Masukkan Kod Organisasi : Kod Sekolah, Kata Laluan : 123 dan klik butang "Masuk".
Paparan akan keluar seperti :


3. Klik "Maklumat Responden".
Paparan akan keluar seperti :




4. Klik pada butang "Cetak" untuk mendapatkan No. Tag bagi setiap responden dan setelah mencetak, klik pada butang "KELUAR" untuk keluar ke halaman utama.


5. Log in sekali lagi sebagai responden dengan menambah huruf "R" di kod sekolah
Contoh :-  
Kod organisasi : BBA4016R
Kata Laluan : 123


6. Ikut arahan pada paparan :
i) Pilih Responden
ii) Masukkan No. Tag
iii) Klik "Teruskan" untuk teruskan


7. Sekiranya berjaya login sebagai responden, soalan SSQS mengikut domain akan dipaparkan. Responden perlu menjawab keseluruhan soalan di dalam setiap tab tersebut.

Ikon bulat yang bewarna MERAH akan bertukar menjadi warna HIJAU setelah semua soalan telah ditanda (*) dijawab. Klik icon "Cetak" untuk mencetak borang tersebut sebagai salinan.



Nota : 
1. Selepas semua 62 soalan selesai dijawab, GPB/GICT perlu cetak borang untuk tujuan rekod.  
2. Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) yang bilangan murid kurang dari 150 orang, jumlah guru pula kurang dari 30 orang. Oleh yang demikian, SKM boleh menggunakan 1 guru untuk setiap mata pelajaran.

Thursday, June 7, 2012

Pemantauan PKG Fasa 1

7 Jun : PKG Semenyih telah menerima kunjungan 2 orang pegawai dari BTPN Selangor bagi melancarkan urusan Pemantauan PKG Fasa 1 bagi tahun 2012. Pegawai berkenaan adalah En. Nor Ahmad bin Khamzah dan juga En. Rosley bin Abdullah.



Thursday, May 3, 2012

Persediaan Penilaian SSQS 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Selangor telah memuat naik beberapa keperluan persediaan menghadapi penilaian SSQS yang dijangka akan dijalankan pada Jun/Julai akan datang.


BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIMUAT TURUN ADALAH SEPERTI  BERIKUT :-

Apa itu SSQS?
Panduan Mengisi SSQS V2
Pengenalan SSQS V2

Data SSQS 2011 Negeri Selangor
Indikator SSQS
Keputusan SSQS

Panduan Perancangan
Rumusan Sekolah 2012
Lembaran Analisis Sekolah

[ Download Semua Di Atas ]

Tuesday, April 24, 2012

Bengkel E-Bahan

23 April : Telah diadakan Bengkel E-Bahan untuk guru-guru ICT Zon PKG Semenyih. Terdiri daripada 22 orang guru telah mempelajari teknik asas membuat video. Bengkel dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Semenyih, En. Halimi bin Yaacob.




Monday, April 23, 2012

Pindaan Tarikh Bengkel E-Bahan

===================================
PENGUMUMAN 

Bengkel E-Bahan yang dijadualkan pada 24hb April 2012 ini
dipinda ke tarikh lain iaitu 23hb April 2012.
Perubahan tarikh ini berikutan guru² ICT utk Sek. Men. terlibat dengan
Kursus SSQS di Pangkor.
Surat untuk tarikh baru akan menyusul nanti.
Terima kasih.

===================================


Friday, April 20, 2012

Mesyuarat JK Permuafakatan Zon Semenyih bil 1/2012

19 April : Telah diadakan Mesyuarat JKPA bagi zon PKG Semenyih bil 1/2012. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan KPP bahagian teknologi Pendidikan negeri Selangor iaitu Tn. Hj. Mohd Nor bin Abu.