Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Thursday, June 10, 2010

Hari Guru Daerah Hulu Langat 2010



































































Wednesday, May 26, 2010

Seminar Profesional Keguruan Guru Tahun 6 Zon Semenyih 2010

















Friday, May 14, 2010

Mesyuarat JKPA 2010

Mesyuarat JKPA bagi tahun 2010 telah diadakan pada 14 April 2010 di Bilik Sri Beranang, PKG Semenyih.






























Thursday, May 13, 2010

Kampus Astro

Pemasangan Kampus Astro merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Kegiatan Guru selama 2 tahun secara percuma.

Sebanyak 13 saluran pendidikan informasi diberikan, antaranya saluran- saluran pendidikan dan maklumat terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.




Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web : http://www.astro.com.my/kampusastro/intro.asp

Tel : 03-7491 9888
Email : kampus_astro@astro.com.my

Monday, May 10, 2010

Khidmat Bantu ICT di SK Bandar Tasik Kesuma

Khamis, 29 April 2010 PKG Semenyih telah mengadakan khidmat bantu ICT di SK Bandar Tasik Kesuma. PKG Semenyih ingin berterima kasih kepada FT yang terlibat iaitu Mohd Ferdaus dari SJKC Sin Ming, Mohd Redhuan dari SJKT Ladang Rinching & Aziera Zamshi dari SK Beranang & juga kepada guru-guru SKBTK yang banyak memberi kerjasama kepada kami. Terima kasih kepada semua.












Monday, May 3, 2010

TAHNIAH kepada semua..

TAHNIAH kepada semua 22 buah sekolah zon semenyih yang telah memberi kerjasama dalam pengisian data tersebut dan kini telah mencapai 100%.

Wednesday, April 28, 2010

JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010 - KUTIPAN 1


JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010
KUTIPAN 1/2010 (12 April – 9 Mei 2010)

Johor: 12 – 13 April 2010 (2 hari)
Perak: 14 – 15 April 2010 (2 hari)
Melaka & Perlis: 16 April 2010 (1 hari)
Kelantan: 18 April 2010 (1 hari)
Sabah: 19 – 20 April 2010 (2 hari)
Sarawak: 21 – 23 April 2010 (3 hari)
Kedah: 25 – 26 April 2010 (2 hari)
Selangor: 27 – 28 April 2010 (2 hari)
Negeri Sembilan: 29 April 2010 (1 hari)
Pahang: 30 April 2010 (1 hari)
Pulau Pinang: 3 Mei 2010 (1 hari)
Terengganu: 4 Mei 2010 (1 hari)



Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Jun (Ahad) terbuka kepada semua sekolah. Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua sekolah yang terlewat.

Monday, March 15, 2010

Khidmat Bantu ICT di PKG Semenyih

Pada 27 & 28 Januari 2010











































Majlis Persaraan Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma

Majlis Persaraan Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma iaitu Pn. Hjh. Khalijah bt Rahim telah diadakan pada hari Jumaat, 22 Januari 2010.


















































Wednesday, July 8, 2009

Bengkel pemilihan calon kem Nilam

Tarikh : 2 Julai 2009
Masa : 8:00 - 5:00 petang

Aktiviti:
1. Ujian bertulis
2. Temuduga calon
3. Penilaian dan pemilihan calon yang berjaya ke Kem Nilam daerah

Bengkel pembinaan perisian pendidikan

Tajuk: Bengkel pembinaan perisian pendidikan.
Tarikh : 24-26 Jun 2009
Masa : 8:00 - 5:00 petang
Tempat : PKG Semenyih

Tuesday, June 16, 2009

Mesyuarat projek dewan terbuka SK Semenyih

16 Jun 2009 di PKG Semenyih dilaksanakan satu meysuarat membincangkan agenda pembinaan dewan terbuka SK Semenyih. Mesyuarat dihadiri oleh seorang pegawai bahagian pembangunan dan perolehan, seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Turut hadir dalam mesyuarat iaitu pegawai PPDHl iaitu En Rosli b Hashim (Pen PPD unit pembangunan) dan En Cayed. Hadir bersama juga ialah Tuan Johan bin Aziz Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Mesyuarat ini menjelaskan spek kerja kepada juruperunding projek yang dilantik oleh pihak kementerian.

Tuesday, May 26, 2009

Hari Guru 2009

Hari guru peringkat daerah Hulu Langat dilaksanakan pada hari ini di ESSET (Pusat latihan KWSP) Bangi. PTP PKG daerah Hulu Langat turut hadir menjadi petugas video dan fotografi. PTP terlibat iaitu En Kamaludin Salam, En Jamalullail, Pn Syariza dan En Zulmajdil. Turut membantu En. Kamalazhar b. Mokhtar guru media SK.Beranang.

Selain menjadi petugas video dan fotografi PKG juga diberi tanggungjawab menyediakan klip video tokoh guru iaitu untuk tokoh guru peringkat menengah(Pn Hjh Tipah bt Hasan) dan tokoh guru rendah (En. Rahmat b. Jaafar). Bengkel penyediaan klip video ini dijalankan pada 18-21 Mei 2009 yang lalu di PKG Semenyih.

Hari guru peringkat daerah Hulu Langat ini anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat telah dirasmikan oleh YB Tuan Johan b. Aziz, ADUN Semenyih. Turut hadir menyerikan majlis ialah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.

Monday, May 25, 2009

Bola Jaring Sempena Hari Guru 2009



23 hb. Mei 2009, PKG Semenyih diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah untuk pertandingan bola jaring sempena hari guru peringkat daerah Hulu Langat bertempat di SK Bandar Rinching.Pertandingan adalah antara zon Semenyih, kajang, Bangi, Cheras dan Ampang. 6 pasukan terlibat iaitu team PKG Semenyih1 , PKG Semenyih 2, PKG Bangi, PKG Cheras dan PKG Ampang. Team PKG Bangi dinobatkan sebagai juara mengalahkan team PKG Semenyih 1 dan 2 sebagai tuan rumah.