Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Thursday, March 1, 2012

Bengkel Cybersafe

1 March - PKg Semenyih telah mengadakan Bengkel Cybersafe untuk guru-guru ICT Zon PKG Semenyih bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.


Bengkel Cybersafe

***STICKY POST***


Kepada Guru Besar dan Pengetua sekolah-sekolah zon Semenyih, sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Cybersafe akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 1 March 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Bilik Mawar, Pusat Kegiatan Guru Semenyih


Terima kasih.

Wednesday, February 22, 2012

Mesyuarat Guru ICT Daerah Hulu Langat

21 Feb : Telah berlangsung mesyuarat Guru ICT bagi Daerah Hulu Langat yang terdiri dari guru-guru ICT dari zon PKG Semenyih, PKG Bangi, PKG Ampang, PKG kajang dan PKG Cheras bertempat di PPD Hulu Langat.



Tuesday, February 21, 2012

Mesyuarat AJK Kerja Guru Pendidikan Bestari

***STICKY POST***

Kepada Guru Pendidikan Bestari sekolah-sekolah zon Semenyih, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Kerja Guru Pendidikan Bestari Pusat Kegiatan Guru Zon Semenyih Bil 1/2012 akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 23 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 9:00 Pagi
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Semenyih


Terima kasih.

Wednesday, February 15, 2012

Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah bil 1/2012

15 Feb : Telah berlangsung Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah bil 1/2012 di PKG semenyih yang telah dihadiri oleh 22 orang GPM oleh 22 buah sekolah ahli. Majlis dipengerusikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan I iaitu En. Halimi Yaacob.



Mesyuarat Penyelarasan Pusat Sumber Sekolah Bil 1/2012

***STICKY POST***

Kepada Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah zon Semenyih, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Pusat Sumber Sekolah Bil 1/2012 akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 15 Februari 2012 (Rabu)
Masa : 9:00 Pagi
Tempat : Bilik Mawar, Pusat Kegiatan Guru Semenyih

Terima kasih.

Thursday, February 9, 2012

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Ketika ini terdapat 43 buah sekolah berprestasi tinggi di seluruh negara. Sasaran Kementerian Pelajaran ialah 100 sekolah berprestasi tinggi pada 2012. SBT diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 23 Julai 2009. SBTt ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri, unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah-sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang dan menjadi pilihan semua.

Senarai 2012
1. Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani
2. SM Sains, Dungun, Terengganu
3. SM Kebangsaan Seafield, Subang Jaya, Selangor
4. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
5. SM Kebangsaan Alor Akar, Pahang
6. SM Tinggi Kluang, Johor
7. SM Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Johor
8. Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Infant Jesus 1, Melaka
9. SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur
10. SK Agama Sibu, Sarawak
11. SK Seliau Rantau, Negeri Sembilan
12. SK USJ2 Subang Jaya, Selangor
13. Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Indera Kangar, Perlis
14. SK Minden Height, Gelugor, Pulau Pinang
15. SRK Cina Kwang Hwa, Pulau Pinang


Senarai 2011
1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.


Senarai 2010
1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Friday, January 27, 2012

E-Learning Global Partnership - Republic Of Korea

Pagi tadi telah diadakan Majlis "E-Learning Global Partnership Visitation Of Jeollanamdo Office Of Education The Republic Of Korea" di Sekolah Menengah Teknik Kajang.

Majlis berlangsung pada jam 9:00 pagi hingga jam 12:00 tengahari. Kami wakil dari PKG Semenyih mengalu-galukan kedatangan mereka dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan komputer yang diberikan.

Thursday, January 19, 2012

Lawatan Kerja

19 Jan - Tn. Hj Abd Halim dan En. Azam dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor telah ke PKG Semenyih.

Friday, January 13, 2012

Pada 13 Januari 2012, PKG Daerah Hulu Langat telah mengadakan Msyuarat Penyelarasan Daerah Hulu Langat bilangan 1 bagi tahun 2012. Mesyuarat kali ini telah diadakan di PKG Semenyih merupakan dan mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mahizam bin Mohamad Toha selaku Ketua Daerah PKG Hulu Langat bagi tahun 2012.

Telah banyak perbincangan dan persetujuan telah dibuat mengenai perancangan sepanjang tahun 2012.

Monday, January 9, 2012

Mesyuarat Pagi Kali 1/2012

Mesyuarat Pagi kali 1/2012 di PKG Semenyih telah diadakan pada hari Isnin, 9 Januari 2012. Pegawai Bahagian Teknologi BTPN Selnagor yang datang adalah En. Mohd Noor dari unit UMPI.

Mesyuarat berjalan lancar dengan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perancangan bagi tahun 2012 khususnya.

Tuesday, January 3, 2012

Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPM

Surat Pekeliling ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bilangan 1 tahun 2011


Tujuan
1. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk melaksanakan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia di semua agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

2. DKICT KPM merupakan langkah bagi menjamin keselamatan ICT KPM secara menyeluruh daripada ancaman-ancaman pencerobohan dan melindungi aset ICT KPM

Kandungan Dasar
DKICT tersebut mengandungi perkara-perkara seperti berikut :
a) Pembangunan dan Penyelenggaraan Dasar
b) organisasi Keselamatan
c) Kawalan dan Pengkelasan Aset
d) Keselamatan Sumber Manusia
e)Keselamatan Fizikal dan Persekitaran ICT
f) Pengurusan Operasi dan Komunikasi
g) Pengurusan Insiden Keselamatan ICT
h) Kawalan Capaian
i) Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
j) Pengurusan Kesimbangan Perkhidmatan dan
k) Pematuhan

Surat Akuan Pematuhan
Semua Ketua Jabatan/Bahagian/Agensi di KPM perlu memastikan setiap pegawai dan kakitangan di bawahnya untuk menandatangani Surat Akuan Pematuhan DKICT seperti di Lampiran A dan difailkan ke dalam fail peribadi masing-masing.


Boleh muat turun disini:

1. Pekeliling Dasar Keselamatan ICT & Surat Akuan Pematuhan (Lampiran A)
2. Dasar Keselamatan ICT
3. Borang Senarai Keseluruhan Tandatangan

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2012
&
Selamat Kembali Ke Sekolah

from;