Tuesday, January 3, 2012

Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPM

Surat Pekeliling ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bilangan 1 tahun 2011


Tujuan
1. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk melaksanakan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia di semua agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

2. DKICT KPM merupakan langkah bagi menjamin keselamatan ICT KPM secara menyeluruh daripada ancaman-ancaman pencerobohan dan melindungi aset ICT KPM

Kandungan Dasar
DKICT tersebut mengandungi perkara-perkara seperti berikut :
a) Pembangunan dan Penyelenggaraan Dasar
b) organisasi Keselamatan
c) Kawalan dan Pengkelasan Aset
d) Keselamatan Sumber Manusia
e)Keselamatan Fizikal dan Persekitaran ICT
f) Pengurusan Operasi dan Komunikasi
g) Pengurusan Insiden Keselamatan ICT
h) Kawalan Capaian
i) Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
j) Pengurusan Kesimbangan Perkhidmatan dan
k) Pematuhan

Surat Akuan Pematuhan
Semua Ketua Jabatan/Bahagian/Agensi di KPM perlu memastikan setiap pegawai dan kakitangan di bawahnya untuk menandatangani Surat Akuan Pematuhan DKICT seperti di Lampiran A dan difailkan ke dalam fail peribadi masing-masing.


Boleh muat turun disini:

1. Pekeliling Dasar Keselamatan ICT & Surat Akuan Pematuhan (Lampiran A)
2. Dasar Keselamatan ICT
3. Borang Senarai Keseluruhan Tandatangan