Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Friday, January 27, 2012

E-Learning Global Partnership - Republic Of Korea

Pagi tadi telah diadakan Majlis "E-Learning Global Partnership Visitation Of Jeollanamdo Office Of Education The Republic Of Korea" di Sekolah Menengah Teknik Kajang.

Majlis berlangsung pada jam 9:00 pagi hingga jam 12:00 tengahari. Kami wakil dari PKG Semenyih mengalu-galukan kedatangan mereka dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan komputer yang diberikan.

Thursday, January 19, 2012

Lawatan Kerja

19 Jan - Tn. Hj Abd Halim dan En. Azam dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor telah ke PKG Semenyih.

Friday, January 13, 2012

Pada 13 Januari 2012, PKG Daerah Hulu Langat telah mengadakan Msyuarat Penyelarasan Daerah Hulu Langat bilangan 1 bagi tahun 2012. Mesyuarat kali ini telah diadakan di PKG Semenyih merupakan dan mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mahizam bin Mohamad Toha selaku Ketua Daerah PKG Hulu Langat bagi tahun 2012.

Telah banyak perbincangan dan persetujuan telah dibuat mengenai perancangan sepanjang tahun 2012.

Monday, January 9, 2012

Mesyuarat Pagi Kali 1/2012

Mesyuarat Pagi kali 1/2012 di PKG Semenyih telah diadakan pada hari Isnin, 9 Januari 2012. Pegawai Bahagian Teknologi BTPN Selnagor yang datang adalah En. Mohd Noor dari unit UMPI.

Mesyuarat berjalan lancar dengan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perancangan bagi tahun 2012 khususnya.

Tuesday, January 3, 2012

Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPM

Surat Pekeliling ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bilangan 1 tahun 2011


Tujuan
1. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk melaksanakan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia di semua agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

2. DKICT KPM merupakan langkah bagi menjamin keselamatan ICT KPM secara menyeluruh daripada ancaman-ancaman pencerobohan dan melindungi aset ICT KPM

Kandungan Dasar
DKICT tersebut mengandungi perkara-perkara seperti berikut :
a) Pembangunan dan Penyelenggaraan Dasar
b) organisasi Keselamatan
c) Kawalan dan Pengkelasan Aset
d) Keselamatan Sumber Manusia
e)Keselamatan Fizikal dan Persekitaran ICT
f) Pengurusan Operasi dan Komunikasi
g) Pengurusan Insiden Keselamatan ICT
h) Kawalan Capaian
i) Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
j) Pengurusan Kesimbangan Perkhidmatan dan
k) Pematuhan

Surat Akuan Pematuhan
Semua Ketua Jabatan/Bahagian/Agensi di KPM perlu memastikan setiap pegawai dan kakitangan di bawahnya untuk menandatangani Surat Akuan Pematuhan DKICT seperti di Lampiran A dan difailkan ke dalam fail peribadi masing-masing.


Boleh muat turun disini:

1. Pekeliling Dasar Keselamatan ICT & Surat Akuan Pematuhan (Lampiran A)
2. Dasar Keselamatan ICT
3. Borang Senarai Keseluruhan Tandatangan

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2012
&
Selamat Kembali Ke Sekolah

from;