Tuesday, October 4, 2011

Bengkel MBMMBI

04 Oktober 2011 - PKG Semenyih telah mengadakan Bengkel MBMMBI 2012 bagi guru Bahasa Malaysia dan guru Bahasa Inggeris Tingkatan Satu bagi 6 buah sekolah menengah di Zon Semenyih. Seramai 12 orang guru yang terlibat.


Bengkel dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 1 kumpulan untuk guru Bahasa Malaysia dan satu kumpulan lagi untuk guru Bahasa Inggeris. mereka ditugaskan untuk menyediakan satu rancangan mengajar berpandukan CD MBMMBI yang abru diberikan kepada mereka untuk dihantar ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.


Pada hari berkenaan Encik Sharul Nizam bin Latif dari Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor telah datang ke PKG Semenyih dalam memantau sepanjang bengkel itu dijalankan. Semoga kita sama-sama dapat menjayakan program ini dalam "Memartabatkan Bahasa Melaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris".