Monday, August 2, 2010

Penyelenggraan Peralatan ICT

Syarikat Kaypi Technologies Sdn Bhd telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan korektif peralatan ICT di sekolah sepanjang Julai-Okt 2010. sehubungan dengan itu, semua sekolah ahli zon semenyih diminta mengemaskini aduan kerosakan peralatan ICT melalui portal "support Ticketing System" (STS) sebelum 10 Ogos 2010 kerana tindakan penyelenggaraan hanya dipantau melalaui sistem ini.


Peralatan ICT hanya akan dibaikpulih berdasarkan kriteria berikut:-
a) Telah didaftarkan sebagai Harta Modal Kerajaan (mempunyai kad DHM-KEWPA2 atau KEW-PA 312)
b) Telah tamat tempoh jaminan oleh pembekal
c) Tidak dikategorikan sebagai peralatan Beyond Economic Repair (BER)
d) Belum diluluskan permohonan pelupusan


Peralatan yang layak diselenggara:
a) Komputer Peribadi
b) Komputer Riba
c) Server
d) Projector
e) Pencetak Laser berwarna
f) Pencetak Laser Mono
g) Pencetak Dot Matrik
h) Set Rangkaian "Local Area Network" (LAN)
i) Set Rangkaian Optik