Selamat Berkunjung Ke Blog PKG Semenyih

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari. Selangkah di hadapan dalam inspirasi teknologi anda.Selamat melayari dan mendapat informasi terkini.

Visi : Meneraju tranformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi : Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk bermutu tinggi dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dlm bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitik beratkan penambahbaikan yang berterusan.

Falsafah

Bahawa pengguna pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pembelajaran di sekolah sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan.

dan

dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

dan

JKPA PKG Semenyih cemerlang.

dan

Sekolah Ahli PKG Semenyih hebat.

dan

PKG Semenyih proaktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

dan

Kolektif - Sepakat - Aktif.

Friday, July 22, 2016

Bengkel Pengisian Pelaporan KPBM Daerah Hulu Langat


Bengkel Pengisian Pelaporan KPBM bagi daerah Hulu Langat untuk tahun 2016 yang diadakan pada 20 Julai 2016 bertempat di PKG Semenyih.

Khidmat Bantu PSS di SK Bandar Teknologi


Khidmat Bantu PSS di SK Bandar Teknologi bagi siri ke-2 untuk wakil Selangor yang diadakan pada 18 Julai 2016 hingga 19 Julai 2016

Thursday, July 21, 2016

Analisis Penggunaan Laman Pembelajaran Maya (VLE) Minggu ke-29

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Semenyih.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-29 iaitu dari 14 Julai 2016 hingga 20 Julai 2016. Untuk makluman semua peratus KPI pada bulan Julai ialah 15.4%. Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mencapai peratus KPI yang telah ditetapkan dan teruskan usaha bagi sekolah yang tidak mencapai KPI. Terima kasih.  
 

Monday, July 18, 2016

Analisis Pengunaan Laman Pembelajaran Maya (VLE) Minggu ke-28

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Semenyih.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-28 iaitu dari 7 Julai 2016 hingga 13 Julai 2016. Untuk makluman semua peratus KPI pada bulan Julai ialah 15.4%. Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mencapai peratus KPI yang telah ditetapkan dan teruskan usaha bagi sekolah yang tidak mencapai KPI. Terima kasih.
  

Friday, July 15, 2016

Pemberitahuan: Soal-Selidik National Cyber Security


Satu kajian berkaitan dengan National Cyber Security Awareness Baseline Study yang berjalan pada 27 Jun hingga 29 Julai 2016. Untuk negeri Selangor responden yang terlibat adalah sebanyak 448 responden dan kami memohon guru-guru sekolah terlibat membantu menjayakan program ini memandangkan ia melibatkan para pelajar peringkat dan tahap

Thursday, July 14, 2016

Pemberitahuan : Pengisian Penarafan SSQS


Pengisian penarafan SSQS akan bermula dari 15 Julai dan berakhir pada 30 Ogos 2016. Sila rujuk post terbaru untuk panduan http://btpnsel.edu.my/2016/07/ssqs-2016-bermula-hari-ini/


Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Zon 2016


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pemilihan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dengan kerjsamasa Pusat Kegiatan Guru Daerah Hulu Langat akan mengadakan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Zon bagi Tahun 2016.                       
Pihak sekolah telah diminta menghantar 1 orang wakil pelajar bagi kategori Bahasa Melayu dan 1 orang wakil pelajar Bahasa Inggeris (Tahun 5 (sekolah rendah)/ Tingkatan 4 (sekolah menengah). Pihak sekolah dikehendaki mematuhi prosedur kokurikulum dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan penyertaan murid dalam aktiviti luar. 
Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
 

Thursday, June 30, 2016

Pemantauan PSS dan ICT di SK Beranang


Pemantauan PSS dan ICT yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Beranang pada 24 Jun 2016.

Pemantauan PSS dan ICT di SMK Khir Johari


Pemantauan PSS dan ICT yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari pada 23 Jun 2016.

Pemantauan PSS dan ICT di SK Bandar Tasik Kesuma

Pemantauan ICT dan PSS yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma pada 21 Jun 2016.

Pemantauan PSS dan ICT di SK Bandar Rinching

Pemantauan ICT dan PSS yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching pada 16 Jun 2016.

Tuesday, May 31, 2016

Bengkel Pengurusan Data Nilam Setengah Tahun 2016

Bengkel Pengurusan Data Nilam Setengah Tahun 2016 yang diadakan di PKG Semenyih pada 26 Mei 2016 yang dihadiri oleh guru-guru perpustakaan dan media (GPM)

Wednesday, April 27, 2016

Khidmat Bantu PSS Daerah Hulu Langat di SK Jalan Semenyih

Khidmat Bantu PSS Daerah Hulu Langat pada 19 hingga 21 April 2016 yang diadakan di SK Jalan Semenyih (Integrasi) Kajang. Bertujuan untuk menaik taraf pengurusan PSS dari pengurusan keceriaan, susun atur, sistem fail PSS dan pengurusan Fail Kuasa yang telah dilaksanakan oleh semua Pegawai PKG Daerah Hulu Langat dan dibantu 8 orang Guru GPM dan 2 orang guru SK Jalan Semenyih 1

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

 
Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia di Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada 4 dan 5 April bertempat di SMK Bandar Rinching.

Pemantauan PKG di sekolah-sekolah

Pemantauan PKG di SK Taman Jasmin, SM Taman Jasmin 2 dan Kolej Vokasional Kajang pada 29 Mac 2016.